Pernah tak anda alami masalah badan sejuk tapi masih berpeluh?
Kadang-kadang, anda mungkin terfikir ia disebabkan oleh cuaca panas atau penghawa dingin di rumah yang kurang sejuk.
Keadaan ini dikenali sebagai peluh sejuk dan tidak boleh diabaikan kerana ia mungkin berpunca daripada masalah kesihatan.
Artikel ini akan menjelaskan punca-punca badan sejuk tapi berpeluh serta cara untuk mengatasinya.
1. Menopaus
Menopaus adalah fasa di mana wanita berhenti haid secara kekal. Pada masa ini, perubahan ketara dalam pengeluaran hormon estrogen dan progesteron dipercayai menjadi punca badan berpeluh walaupun dalam keadaan sejuk.
2. Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat tertentu juga boleh dikaitkan dengan masalah peluh, terutama pada waktu malam. Steroid dan ubat untuk menurunkan demam, seperti aspirin atau acetaminophen, secara paradoks boleh menyebabkan berpeluh
. Bagi sesetengah individu, pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menjadi punca. Penggunaan alkohol dan dadah turut meningkatkan risiko berpeluh malam.
3. Masalah Hormon
Perubahan dalam sistem endokrin, yang mengawal tahap hormon dalam badan, boleh menyebabkan masalah peluh. Masalah hormon seperti hipertiroidisme, diabetes, dan ketidakseimbangan hormon seks boleh menyebabkan peluh berlebihan.
Hipotalamus, bahagian otak yang mengawal suhu badan, juga terlibat dalam sistem endokrin, dan disfungsi hipotalamus mungkin menyebabkan peluh malam.
4. Jangkitan Kuman
Jangkitan tuberkulosis adalah salah satu jangkitan yang sering dikaitkan dengan badan berpeluh walaupun dalam keadaan sejuk. Badan berpeluh pada waktu malam juga merupakan salah satu simptom jangkitan HIV. Jangan abaikan jika anda mengalami gejala ini.
5. Kehamilan
Perubahan hormon semasa kehamilan boleh menyebabkan peluh sejuk, terutamanya semasa trimester pertama (minggu 1 hingga 14) dan trimester ketiga (minggu 27 hingga bersalin). Peluh ini mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu selepas bersalin kerana hormon badan belum stabil.
CARA MENGATASI
Peluh mungkin berterusan sehingga beberapa minggu selepas melahirkan kerana hormon masih belum stabil.
Untuk mengatasi masalah ini, boleh cuba beberapa cara di bawah:
– Minum air sejuk sepanjang malam.
– Gunakan bantal dan sarung tilam yang ada gel penyejuk.
– Pakai baju tidur yang longgar, ringan, kapas atau linen.
– Bersenam setiap hari dengan berjalan, berenang, menari, berbasikal dan lain-lain.
– Bersantai sebelum tidur menggunakan teknik pernafasan dalam, relaksasi dan meditasi.
– Gunakan kipas bilik tidur, tidur dengan tingkap terbuka, atau hidupkan penghawa dingin.
– Simpan pek sejuk di bawah banta, kemudian balikkan bantal untuk tidur permukaan yang sejuk.
– Elakkan makanan dan minumun yang menyebabkan peluh sejuk seperti alkohol, makanan pedas, kafein dan rokok.
Dapatkan rawatan doktor sekiranya masalah ini berlarutan sehingga mengganggu tidur anda.
Baca:Tular pekerja restoran basuh ayam dari sisa makanan pelanggan untuk dijual semula