Rupanya ada kisah sedih disebalik komen ‘what country is this’ buat ramai nak tahu

Oleh AHMAD SULAIMAN

Bagi mereka yang kerap meluangkan masa di TikTok, pasti pernah terlihat satu trend di ruang komen di mana seorang individu

Atau akaun akan meninggalkan komen bertanya, “what country is this?” (negara apakah ini?).

Komen ini biasanya ditinggalkan oleh akaun yang menggunakan gambar seorang lelaki Mat Salleh

Rupanya ada kisah sedih disebalik komen 'what country is this' buat ramai nak tahu

dengan nama yang berlainan, dan seringkali muncul dalam video-video yang sedang viral di platform TikTok.

Banyak yang tertanya-tanya daripada mana trend ini bermula dan apakah kisah di sebalik komen tersebut.

Seorang pengguna TikTok, @dakdintiktok, semalam berkongsi kisah mengenai trend yang semakin menjadi-jadi itu.

@dakdintiktok Siapa pakcik “What country is this?” ni? #whatcountryisthis? #whatcountry #petersutherland #meme #mamatexist ♬ original sound – Dak Din

Menurutnya, dia mendakwa bahawa komen tersebut sebenarnya bermula dari seorang lelaki dari Amerika Syarikat, di mana anak lelakinya berhasrat untuk belajar di negara Asia Tenggara. Apabila anak itu tiba di sana, dia selalu mengemaskini tentang keberadaannya dan aktivitinya.

“Ketika Covid melanda pada tahun 2020, tiba-tiba dia berhenti mengemaskini bapanya. Bapanya mencuba mencari anaknya (Sandra) dengan meninggalkan komen ‘what country is this’ dalam video yang memaparkan wajah-wajah Asia,” tulisnya.

Namun, setelah dua tahun, lelaki Mat Salleh tersebut dilaporkan meninggal dunia kerana penyakit yang membuatnya tidak dapat menjaga dirinya sendiri.

Selepas itu, komen-komen mencari anak lelaki tersebut menjadi viral, dan banyak akaun troll turut meninggalkan komen yang serupa. Walaupun begitu, kebenaran cerita ini masih belum dapat dipastikan.

BACA:  “Mertua kata saya gila, sejak pindah dekat dengan mertua, suami banyak habiskan masa kat sana, sekarang dah 4 bulan tak balik tiba-tiba dia nak bercerai”