Rupanya ada cara nak bagi beras murah bau wangi tambah satu bahan je

Oleh AHMAD SULAIMAN

Umum tahu dekat negara ni ada pelbagai jenis beras, ada yang biasa, ada juga bau wangi, kalau bau sedap makan nak makan pun naik selera.

Tapi biasanya beras wangi ini adalah lebih mahal dan tak semua berkemampuan nak beli ia setiap bulan, tambahan ada anak ramai.

Bagi yang baru nak meniaga pula mesti risau nak guna beras murah sebab bau tak wangi tapi kalau beras mahal nanti tak balik modal.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Rizal Kitchen tentang cara nak bagi beras murah jadi bau wangi dan rasa seperti makan nasi dari beras mahal.

“Pastikan beras yang murah itu adalah lebih banyak untuk jimatkan duit dan campur dengan sedikit beras wangi dalam satu bekas.

Rupanya ada cara nak bagi beras murah bau wangi tambah satu bahan je

“Ini adalah cara yang biasa saya gunakan di kedai saya untuk jimat tapi rasa berkualiti,” jelasnya di Facebook.

Tip beras murah rasa mahal

Bahan-bahan:

10 kilogram beras murah (tak kisah jenama)
1 kilogram beras wangi

Cara-cara:

Sediakan bekas biasa yang digunakan untuk menyimpan beras.

Masukkan separuh daripada 10 kilogram beras tempatan ke dalam bekas tersebut.

Kemudian masukkan satu kilogram beras wangi dan gaul ke dalam beras dan biar ia sebati dengan beras murah.

Akhir sekali masukkan lebihan beras tempatan yang diasingkan tadi dan siap!

Baca juga:Ini 4 tempat dalam Malaysia diambil dari nama penjajah, no.4 tu asalnya istana jadi gereja