Rupanya 10 selebriti ini dah bergelar ‘Hajah’, ramai yang tak tahu. Walaupun Hari Raya Aidiladha sudah berlalu, namun kehangatan sambutan itu masih terasa apatah lagi ia dapat diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Oleh itu, bersempena dengan perayaan itu, Getaran telah menyenaraikan 10 selebriti tempatan yang sudah bergelar Hajah.
Mizz Nina
Pemilik nama sebenar Shazrina Azman menunaikan ibadah haji bersama suami yang juga penyanyi, Noh Salleh, pada tahun 2013 membuka lembaran baru dalam hidup wanita yang digelar Mizz Nina ini.
Sejurus pulang dari mengerjakan haji, Nina membuat keputusan untuk berhenti menyanyi dan terus berhijab.
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2007 bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama suami tercinta.
Ketika itu, penyanyi nombor satu negara itu berusia 28 tahun.
Erra Fazira
Primadona filem negara ini bergelar hajah selepas menunaikan ibadah haji pada tahun 2019.
Lima tahun Erra menyimpan hasrat dan akhirnya menjadi kenyataan selepas dijemput menunaikan haji kira-kira tiga tahun lalu.
Noor Neelofa
Bekas Dewi Remaja 2011 ini dijemput menunaikan ibadah haji kali pertama pada 2016.
Dia sekali lagi menunaikan ibadah pada 2019.
Wany Hasrita
Bintang Paling Popular 2018 ini tidak menyangka akan diundang oleh Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2019.
Dia bergelar hajah pada usia 27 tahun.
Amira Othman
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2013 ini telah sama-sama mengerjakan haji bersama teman baiknya, Wany Hasrita.
Wany mengundang Amira untuk pergi bersamanya memandangkan ibunya tidak dapat turut serta.
Sheila Rusly
Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengerjakan ibadah haji pada 2007 bersama suaminya, Jinggo.
Sejurus pulang, Sheila terus memakai hijab.
Najwa Mahiaddin
Penyanyi yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ini mengerjakan ibadah haji pada 2014.
Selepas pulang, Najwa membuat keputusan untuk berhijab namun masih meneruskan kariernya sebagai penyanyi.
Datin Fouziah Gous
Pelakon ini berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu bersama suami pada tahun 2018.
Antara pengorbanan terbesarnya pada ketika itu adalah terpaksa meninggalkan anaknya yang baru dibedah.
Datin Seri Umie Aida
Pelakon wanita popular ini menunaikan ibadah haji bersama suaminya pada 2019.
Doanya ketika menunaikan umrah untuk diberikan kesempatan menunaikan haji pada awal tahun dimakbulkan apabila dia dijemput mengerjakan rukun Islam kelima itu pada Ogos 2019.
BACA:
Pelik anak Halim Othman tidak bintikan Halim, ini penjelasan selebriti itu
Panas !!! Kontroversi pendakwah selebriti : “Bukti yang ada amat kuat” – Ridhuan Tee
Terkini !!! Khairuddin nafi cerita sensasi ‘SJR Perasing’ dan gosip dengan selebriti