Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun. Korang mesti ingat yang idola K-Pop selalunya berasal dari Korea saja kan? Sebenarnya, ada je yang berasal dari negara luar.

Kalau korang nak tahu siapakah mereka semua, jom KimchiDaily dedahkan siapa mereka!

1. Isaac IN2IT
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Sebut je pasal kumpulan idola K-Pop IN2IT, korang mesti ingat Isaac dalam kumpulan tersebut kan? Kalau korang nak tahu, sebenarnya Isaac merupakan idola K-Pop yang pertama berjaya debut di industri Korea dan disebabkan beliau warganegara Malaysia, dia menjadi popular di dalam kalangan K-Poppers.

2. Rainie bugAboo
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Korang pernah dengar tak nama kumpulan bugAboo? Kalau nak tahu, Rainie merupakan ahli kumpulan tersebut dan dia berasal dari Taiwan. Beliau telah menghabiskan latihannya dan berjaya debut menjadi vokalis kepada kumpulan bugAboo.

Sebenarnya, bugAboo ini merupakan kumpulan idola K-Pop perempuan yang debut pada tahun lepas. Lepas ni korang boleh la explore kumpulan ni okay!

3. Didi Rumble-G
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Antara idola lain yang bukan berasal dari Korea ialah Didi Rumble-G di mana dia merupakan warganegara Myanmar. Bukan saja menjadi ketua kumpulan, gadis ini mempunyai bakat yang pelbagai kerana hebat dalam nyanyian dan juga rap.

Jarang kan dengar idola yang berasal dari Myanmar?

4. Tzuyu TWICE
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Sebut je pasal kumpulan TWICE, korang mesti ingat lagu ‘What is Love’ dengan ‘TT’ kan? Kalau korang nak tahu Tzuyu merupakan ahli kumpulan TWICE yang berasal dari Taiwan dan dia juga merupakan pencetus pertama buat warganegara Taiwan untuk menjadi idola K-Pop seterusnya.

5. Shuhua (G)-IDLE
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Kalau korang nak tahu, Shuhua merupakan maknae dalam kumpulan (G)-IDLE yang berasal dari Taiwan juga. Dengan muka yang cantik dan comel mampu menarik peminat beliau untuk terus menyokong kumpulan tersebut.

Perasan tak, banyak gadis dan jejaka Taiwan yang mampu mencuri perhatian agensi Korea di luar sana.

6. Fatou Black Swan
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Rasanya korang pernah dengar kumpulan Black Swan kan? Ni bukan tajuk lagu BTS okay, ini nama kumpulan idola K-Pop perempuan yang ratanya bukan dari warganegara Korea.

Fatou merupakan leader, main rapper, lead dancer dan sub-vokalis untuk kumpulan tersebut. Antara fakta tentang diri Fatou, beliau berasal dari Yoff, Senegal dan membesar dari Tienen, Belgium.

7. Leia Black Swan
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Ahli seterusnya adalah Leia yang mempunyai 2 kacukan berbeza.

Korang nak tahu tak, sebenarnya ibu Leia berasal dari Brazil dan ayahnya berasal dari Jepun. Beliau dibesarkan di Curitiba, Paraná, Brazil.

Untuk pengetahuan korang, beliau menjadi ahli yang ketiga di dalam kumpulan Black Swan.

8. Gabi Black Swan
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Korang pernah dengar dan kenal tak 1MILLION di YouTube? Kalau korang kenal nama tersebut, Gabi merupakan salah seorang penari dari akaun tersebut.

Beliau dilahirkan di Florianopolis, Brazil dan dia juga merupakan kacukan Brazil-Jerman. Gadis ini memegang posisi sub-vokalis dan juga penari untuk kumpulan tersebut.

9. Jackson GOT7
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Siapa je tak kenal kumpulan GOT7 kan yang famous dengan lagu ‘Girls Girls Girls’. Antara ahli yang popular dalam kumpulan itu ialah Jackson. Sebenarnya, Jackson berasal dari Hong Kong dan merupakan bekas atlet lawan pedang.

Meskipun masih aktif bersama GOT7, Jackson kini telah melebarkan sayap sebagai penyanyi solo di China dibawah nama ‘Jackson Wang’.

10. Dita Secret Number
Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

Korang selalu dengar yang debut jadi idola K-Pop selalunya dari Thailand, China, Amerika Syarikat je kan. Tapi, kali ini warganegara Indonesia juga telah berjaya debut menjadi idola K-Pop.

Dita merupakan ahli kumpulan Secret Number yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia. Gadis itu telah menjadi pelatih di Korea selama 2 tahun sebelum berjaya debut sebagai ahli kumpulan Secret Number.

Sekarang korang dah tahu kan sebenarnya kumpulan idola K-Pop tak semuanya datang dari Korea sendiri.

Baca juga ;
Niat nak bantu ‘bersihkan’ Macbook bapa, anak rendam dalam air
Kesan ‘peta’ dekat bantal semua hilang selepas hanya guna 3 bahan ini
Mahu hidup cashless, lelaki nekad tanam cip kad bank di tangan

CATEGORIES