Rupa sikat biasa je tapi harganya mencecah RM1 juta, bukan calang-calang rupanya pemilik asal sikat ini

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Kuatnya pengaruh yang ditinggalkan vokalis legenda Queen, Freddie Mercury, sehingga semua barang miliknya yang dilelong mempunyai nilai di luar batasan.

Jika pada awal bulan ini piano yang sangat ikonik dengannya dibeli pada harga RM17.53 juta, kini seorang pembina sekaligus peminat Mercury telah mencipta rekod baru.

Peminat tersebut telah membeli sikat yang digunakan pelantun lagu Bohemian Rhapsody pada harga di luar jangkaan iaitu RM886.25.

Rupa sikat biasa je tapi harganya mencecah RM1 juta, bukan calang-calang rupanya pemilik asal sikat ini

Ironi sikat misai silver atau perak dari jenama Tiffany and Co. tersebut dijangka hanya akan terjual pada nilai lelongan sekitar RM3, 000.

Dilaporkan sekitar 30,000 barangan peribadi milik figura yang meninggal dunia pada tahun 1991 tersebut dilelong dalam enam acara berasingan mengikut tema.

Semua koleksi itu dijual kawan rapat dan bekas tunang Mercury, Mary Austin yang mewarisi hartanya. Lelongan tersebut diselenggara oleh Sotheby.

BACA: “Suami berubah jadi orang yang aku tak kenal, tak mahu tidur sekali, seakan rimas dengan aku, tak tanya dah makan ke sakit ke, kuasa Allah, pagi tu terbongkar segalanya”