Rupa-rupanya ini sebab Anwar Ibrahim luluskan pemberian RM500 kepada pencarum KWSP bawah RM10,000

Oleh INFORAKYAT

Rupa-rupanya ini sebab Anwar Ibrahim luluskan pemberian RM500 kepada pencarum KWSP bawah RM10,000. : Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha memastikan dana pelaburan negara itu tidak terjejas.

“Saya boleh popular dan membenarkan pengeluaran KWSP, tetapi adakah seorang yang bertanggungjawab boleh berbuat demikian?

Rupa-rupanya ini sebab Anwar Ibrahim luluskan pemberian RM500 kepada pencarum KWSP bawah RM10,000

“Sebab itu kita kena cari jalan lain dengan menambah bonus, elaun dan bantuan kepada pekebun serta nelayan, …semua ini kita buat untuk meringankan beban rakyat,” katanya ketika sesi soal jawab terbuka bersama belia yang diadakan julang kalinya di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Program yang dikendalikan pelakon, Amelia Henderson itu turut menampilkan kumpulan rock Bunkface yang mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani.

Anwar berkata, tindakan kerajaan memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah adalah bagi membolehkan wang itu dilabur KWSP.

Katanya, pemberian RM500 itu akan memberi dividen dan wang tambahan kepada simpanan persaraan pencarum.

“Sebab itu saya ambil keputusan bagi RM500 kepada mereka yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah… ia akan memberi maanfat, walaupun bukan hari ini, tetapi ketika bersara esok, tiga atau empat tahun.

“Tak ramai sebenarnya yang mendesak, hanya sebilangan kecil, tetapi kerana dijadikan isu politik, ia menjadi besar,” katanya.

Terdahulu, pada sesi soal jawab terbuka itu, lebih 8,000 belia diberi peluang bertanya terus kepada Anwar bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan pemerkasaan belia.

Sebaik saja program itu bermula, Anwar memberi jaminan kerajaan tidak akan bertindak ke atas sesiapa pun kerana memberi pandangan.

Katanya, kerajaan akan terus melindungi hak bersuara rakyat selagi tidak menyentuh soal kaum dan agama serta memecah belahkan masyarakat.

“Untuk anak muda, kita anjurkan pemikiran terbuka dan kritis, bukan nak latih orang nak jadi pentaksub.

“Negara boleh rosak kalau kita jadi pengikut bebal yang tidak boleh berfikir, hanya tunduk kepada arahan,” katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, Anwar berkata, Kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Inisiatif dalam Belanjawan 2023 itu adalah sebahagian usaha kerajaan membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik COVID-19.

Bagi tujuan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi meningkatkan simpanan persaraan hampir dua juta pencarum KWSP yang menghampiri usia persaraan.

“Setelah negara dibelenggu musibah pandemik COVID-19, rakyat terpaksa beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup ketika pandemik.

Kerajaan setuju KWSP jadi cagaran pinjaman bank – Anwar

Pada 9 Mac lalu, Anwar mengumumkan persetujuan kerajaan berhubung kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

“Prinsip saya ialah wang KWSP adalah untuk simpanan hari tua dan kita beri kelonggaran zaman COVID-19, malah negara yang memberi kelonggaran sama juga sudah membatalkan kaedah itu.

“Tetapi saya masih mendengar pandangan, oleh itu saya cadangkan untuk memperkenalkan satu kaedah bagi permudahkan untuk orang terdesak supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang untuk membuat pinjaman bank dengan cagaran daripada agensi itu,” katanya semasa sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

BACA: 

Kenapa ya? 2 sekolah cina ini ramai murid kaum Melayu berbanding Cina? Ini sebabnya

Channel Youtube Buletin TV3 kena hack! Sekali ditukar nama sebagai Tesla US?