Rumah tiada pemadam api? Abang Bomba ajar padam api guna sabun pinggan je

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Kebakaran adalah musibah yang tidak terduga dan boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca, kecuaian individu, dan lain-lain.

Kebiasaannya, kebakaran yang berlaku boleh mengancam nyawa orang yang tinggal berdekatan.

Apabila kebakaran berlaku di rumah, kita pasti berasa panik dan hilang kawalan kerana terkejut.

Dalam sesetengah kes, ada rumah yang hangus terbakar sementara menunggu bantuan daripada pasukan bomba.

Sebagai langkah pencegahan awal, anda sebenarnya boleh berusaha untuk memadamkan kebakaran dengan cara yang mudah.

Rumah tiada pemadam api? Abang Bomba ajar padam api guna sabun pinggan je

Gunakan Cecair Pencuci Pinggan untuk Memadam Kebakaran Kecil

Satu video demonstrasi memadamkan kebakaran pada peringkat awal oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, @krolnua85

Dalam video tersebut, anda hanya memerlukan bancuhan air dan cecair pencuci pinggan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada minyak.

@krolnua85 #caracegahkebakaran #bomba #fypシ゚viral #childrenjoggerpants #fyp ♬ original sound – k.rol@nua@bdullah

Menurut anggota bomba tersebut, bancuhan cecair pencuci pinggan boleh digunakan dalam keadaan kecemasan, terutama jika tiada alat pemadam api di kediaman yang terbakar. Selain itu, ia juga merupakan alternatif kepada alat pemadam kebakaran jenis “dry powder”.

“Sekiranya di rumah tuan-tuan tiada alat pemadam api jenis ‘dry powder’, tuan-tuan boleh menggunakan air cuci pinggan. Gunakan bancuhannya untuk memadam kebakaran di rumah pada peringkat awal. Kalau tiada alat pemadam api di rumah, ini caranya, bancuh dengan air cuci pinggan dan kita padam,” kata anggota tersebut.

Tidak Digalakkan Memadam Api dengan Simbahan Air

Anggota berkenaan juga menambah bahawa kebakaran yang berpunca daripada minyak tidak boleh dipadamkan dengan simbahan air kerana ia boleh menyebabkan api menjadi semakin marak.

Video berdurasi 02:06 minit itu juga menunjukkan anggota lain memadamkan api yang berpunca daripada petrol menggunakan dua cebok bancuhan cecair pencuci tersebut.

BACA: “Adik aku sibuk beli barang hutang guna BPNL, beli beg sampai RM5k, akulah yamg koyak poket kena bayar”