Rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran sedang dilanda badai?

Rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran sedang dilanda badai

Rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran sedang dilanda badai?. Usahawan yang juga kakak kepada selebriti popular, Noor Nabila menepis spekulasi netizen yang mendakwa rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Engku Emran bermasalah susulan kurang berkongsi momen bersama dalam media sosial.

Menjawab segala tanda tanya ramai, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd. Noor, 37, memberitahu, spekulasi tersebut mungkin tercetus kerana dia dan suami memilih untuk menjaga privasi kehidupan daripada umum.

“Dia merupakan seorang suami yang sangat menjaga privasi dan tidak suka berkongsi kisah peribadi.

“Saya dan dia kini dalam perkahwinan ketiga, jadi kami agak berhati-hati tetapi tidak bermaksud retak.

“Selagi kami ada jodoh, hubungan ini akan diteruskan dan tak perlulah nak meneka status rumah tangga kami,” katanya kepada Kosmo! Online.

Nabila berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penghargaan stokis dan ejen jenama minuman Kucate di Colony, Mutiara Damansara di sini semalam.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu mengakui perlu membiasakan diri dengan situasi dirinya menjadi perhatian dan bualan ramai kerana tempias populariti adiknya yang juga seorang selebriti terkenal, Neelofa.

Rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran sedang dilanda badai?

Dia juga memberitahu, ada kalanya muncul perasaan kurang selesa apabila ramai yang sentiasa ingin mengambil tahu tentang dirinya sedangkan bukan berstatus selebriti.

“Kadang-kadang rasa tidak selesa tetapi situasinya mungkin kerana terpalit dengan status Neelofa, bekas suami, Sharnaaz dan anak pula Jebat Jayden.

“Jadi, saya hormat dengan perhatian ramai yang ingin tahu tentang saya. Namun, jika saya memilih untuk tidak berkongsi (hal peribadi), mereka pun perlu lakukan perkara sama,” katanya lagi.

Ditanya sama ada suami memberi reaksi mengenai spekulasi keretakan rumah tangga, dia memberitahu Engku Emran tidak pernah melayan segala komen negatif netizen.

“Dia tak komen dan seperti tiada perasaan melihat semua komen tersebut. Kami juga tak pernah berbincang bersama mengenai isu tersebut.

“Mungkin juga kerana saya pernah pernah melalui kecaman yang lebih hebat sebelum ini dan buatkan rasa biasa sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut memuji cara Sharnaaz menjaga Jebat dan menjalankan tugasnya sebagai seorang bapa dengan baik.

“Sharnaaz memang bapa yang bagus. Sebagai bapa, dia memang tiptop apabila bersama dan ketika menjaga Jebat .

“Dia memang akan berbual dengan anaknya, tak akanbermain telefon bimbit ketika itu dan akan habiskan masa bersama sebaik-baiknya,” tuturnya.

Terdahulu, rumah tangga Nabila dan Engku Emran didakwa goyah kerana pasangan berkenaan jarang memuat naik foto bersama dalam media sosial selepas mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebagai info, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz pada tahun 2017 namun bercerai Julai 2020

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Sementara, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular, Erra Fazira dan dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya kini berusia 13 tahun.

Manakala bagi perkahwinan keduanya dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella juga menemui titik noktah selepas disahkan bercerai pada Julai tahun lalu. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

BACA:

Peminat teruja Kawasaki Ninja ZX-25R masuk Malaysia tahun depan

Majlis Sukan Negara buka jawatan kosong, gaji sehingga RM4,000

Bon Odori : Idris hanya nasihat bukan mahu batalkan acara – Pas Selangor

CATEGORIES