Rumah jiran banjir, rumah ini je tak dimasuki air, ini sebab kenapa

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Masih ingat rumah unik di Pasir Puteh, Kelantan yang tidak pernah dimasuki air banjir walaupun kawasan sekitarnya ditenggelami air akibat hujan lebat?

Musim banjir kali ini sekali lagi memperlihatkan kehebatan rumah tersebut, seperti yang dikongsikan dalam video tular di TikTok.

Difahamkan, rumah itu dilindungi oleh sistem benteng yang dibina setiap kali musim banjir melanda.

Benteng Cegah Banjir Yang Bijak

Pemilik rumah tersebut menggunakan benteng yang diperbuat daripada plastik putih, disokong oleh papan dan batu bata di bahagian laluan masuk ke halaman rumah.

Rumah jiran banjir, rumah ini je tak dimasuki air, ini sebab kenapa

Langkah ini terbukti berkesan dalam menghalang limpahan air banjir daripada memasuki kawasan kediaman.

Netizen Kagum dan Persoal Jiran Sekitar

@ise1199Replying to @rabiatulrozlan00 macam biasa #banjir #banjir2024 #banjirpasirputeh #banjirkelantan

♬ Suara Hujan Gerimis – Suara Hujan Id

Perkongsian video itu mendapat pujian ramai, dengan rata-rata netizen memuji kreativiti pemilik rumah dalam melindungi kediamannya. Namun, ada juga yang mempersoalkan mengapa jiran-jiran lain tidak mencontohi usaha tersebut.

“Mengapa rumah lain tak ikut cara ni? Bijak betul tuan rumah,” komen seorang pengguna.

Namun, ada yang berpendapat bahawa membina benteng seperti itu mungkin memerlukan kos yang tidak semua penduduk mampu tanggung.

Apa pun, di tengah musim banjir ini, kita doakan agar situasi segera pulih dan semua penduduk yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.

BACA: Lelaki terkejut bekas isteri punya harta bernilai setengah juta, rancang tuntut harta sepencarian