Rumah dilelong dan aset Sajat dirampas mahkamah, ini sebabnya….

Perintah penyitaan aset harta ini dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor sebagai tuntutan pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya Sajjad, OWA Resources Sdn. Bhd. Mahkamah sebelum ini membenarkan pihak OWA Resources, Nurwati Hussin dan Mohamed Syakir Hussin untuk membuat permohonan penyitaan ini.

Rumah Sajjad telah disita pagi tadi

Rumah dilelong dan aset Sajat dirampas mahkamah, ini sebabnya....

Pada jam 10.30 pagi tadi, writ penyitaan dan penjualan sudahpun dijalankan di rumah Sajjad di Kota Damansara, Selangor. Barang-barang yang disita turut akan dilelong di bawah harga pasaran bagi memastikan pihak plaintif dapat menebus semua jumlah pampasan yang sepatutnya dibayar Sajjad.

Aset lain milik Sajjad juga boleh dilelong sekiranya hasil pungutan barangan dan aset yang dilepaskan tidak mencukupi untuk membayar hutang saman penghakiman berkenaan.

Writ penyitaan dan penjualan telah pun ditampal di premis defendan pada hari ini, 30 November 2021. Sekiranya, pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.

Sajjad akan muflis

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Sajjad dilihat bakal tersenarai sebagai individu muflis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober lepas.

Sebaik sahaja perinta bankrap ini dikeluarkan, Sajjad akan diisytiharkan muflis. Ini bermakna semua aset termasuk rumah serta akaun bank miliknya akan diuruskan Jabatan Insolvensi.

BACA JUGA : Gempar !!! Jurutera aeroangkasa Britain dedah MH370 bakal ditemui tahun depan
Merdeka 118 kini sah bangunan tertinggi di Asia Tenggara & kedua tertinggi di dunia

CATEGORIES