Rumah bau asap, nyaris terbakar gara-gara caj telefon sambil tidur

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Telefon bimbit kini menjadi seperti benda penting yang perlu semua orang ada

Ia memudahkan untuk kita berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Malah, semua benda boleh dilakukan hanya dihujung jari.

Sudah tentu kita perlu mengecasnya bila tiba waktu supaya dapat digunakan semula.

Rumah bau asap, nyaris terbakar gara-gara caj telefon sambil tidur

Namun, kita dinasihatkan untuk tidur daripada bermain dengannya semasa proses mengecas kerana ia tidak bagus.

Tular apabila seorang wanita berkongsi telefon bimbit adiknya yang dibiarkan begitu lama mengecas tiba-tiba meletup telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nurain.najiiha allah 😭😭,first & last jadikn pengajaran 🙏🏾#fypシ゚viral #foryou #overnightcas #meletopkebaboo ♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kejadian yang tidak disangka di dalam rumahnya.

Difahamkan, semasa kejadian dia dan ahli keluarganya sedang tidur sebelum tiba-tiba terbau asap yang kuat.

Image from @nurain.najiiha (TikTok)

Mereka kemudian mencari puncanya dan mendapati telefon bimbit si adik terbakar dan meletup ketika sedang cas.

Ia mungkin kerana punca mengecas telefon terlalu lama sehingga telefon berkenaan boleh meletup.

Image from @nurain.najiiha (TikTok)

“Weh takut aku selalu cas sambil tidur” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 806.8K views, 48.2K likes dan 1,206 comments di TikTok.

BACA: Ini senarai bahan pelik digunakan masa nak buat KLCC, kalau korang tahu mesti taubat nak naik