Rujuk pengisytiharan harta netizen kira gaji Rina, mana dapat duit langsai hutang?

Rujuk pengisytiharan harta netizen kira gaji Rina, mana dapat duit langsai hutang?

DORAEMON buat apa masa PKP sampai boleh kaut keuntungan berjuta-juta ringgit?

Hari ini dilaporkan Doraemon telah bayar lebih RM1 juta untuk elak diisytihar muflis.

Mengikut notis bankrap yang difailkan pada bulan November 2020, hutang Doraemon adalah sebanyak RM1.34 juta.

Kita juga tahu dua perkara penting, seperti yang diisytihar oleh Doraemon sendiri pada bulan November 2019.

1. Gaji Menteri Doraemon cuma RM34,000 sebulan

2. Aset Menteri Doraemon cuma RM72,000

Mari buat matematik.

November 2019 sehingga Jan 2021 = 14 bulan

Tolak dua bulan gaji yang didermakan, Doraemon cuma berbaki 12 bulan gaji.

12 bulan X gaji RM34,000 sebulan = RM408,000

Ini bermaksud, kalau pun Doraemon sepanjang 14 bulan ini tidak makan, tidak minum, tidak pam petrol, tidak bayar bil handphone, tidak bayar bil elektrik, tidak bayar bil air, tidak beli baju Raya, tidak bayar untuk program melangsing badan, maka Doraemon akan berjaya menjimat RM408,000.

Ya. RM408,000 sahaja.

Saya ulang. RM408,000 sahaja.

Tapi bagaimana pula Doraemon tiba-tiba mampu langsaikan hutang mencecah RM1 juta?

RM1.34 juta – RM408,000 = RM932,000

Baki RM932,000 untuk bayar hutang datang dari mana?

Takkanlah dari Sugarbook kan?

Sumber :