Rugi siapa yang tinggalkan Pas, kata Mat Sabu

Rugi siapa yang tinggalkan Pas, kata Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu hari ini telah mengeluarkan satu ciapan di Twitter rasmi beliau yang menyatakan bahawa amatlah rugi kepada sesiapa yang telah meninggalkan parti Pas.

Ini kerana apabila Pas menjadi sebahagian dari kerajaan Perikatan Nasional (PN), parti tersebut memberikan komitmen yang begitu tinggi terhadap setiap tindakan dan arahan dari kerajaan walaupun ianya dilihat amat janggal dan memeningkan.

Mohamad Sabu menulis “Rugi siapa tinggalkan Pas. Baru tahu apabila Pas memerintah, Kelab Malam dibuka lebih awal daripada masjid. Judi ditambah daripada 8 kepada 22 kali cabutan. Rugi sungguh.”

Tulisan beliau merujuk kepada SOP terbaru yang diumumkan oleh kerajaan PN yang telah membenarkan pengusaha-pengusaha kelab malam dan pub meneruskan operasi sehingga pukul 10 malam.

Ciapan tersebut mendapat 603 like dan 362 retweet satu jam setelah beliau mengeluarkan tulisan tersebut.