Terdapat pendapat di kalangan pengkaji sejarah, terutama yang cenderung pro-Britain, yang menyatakan bahawa penjajahan British di India
sebenarnya tidak memberikan faedah kewangan kepada Britain. Sebaliknya, semua beban kewangan dan peruntukan lebih banyak memberi manfaat kepada India,
Menunjukkan betapa ‘baiknya’ Britain dalam melindungi kepentingan koloninya pada masa lalu.
Walau bagaimanapun, kajian oleh Utsa Patnaik, seorang ahli ekonomi India yang diterbitkan pada tahun 2018, mendedahkan kebenaran yang selama ini cuba disembunyikan oleh Britain.
Dalam tempoh hampir dua abad penjajahan Britain dari tahun 1765 hingga 1938, kajian Patnaik mendapati bahawa Britain sebenarnya telah merampas lebih dari RM195 trilion yang sepatutnya menjadi milik orang India. Inilah kisahnya.
Sebelum India dijajah oleh Britain, urusan perniagaan seperti tekstil dan beras antara India dan Britain menggunakan pertukaran matawang perak, yang menjadi sistem tukaran utama ketika itu. Tetapi dengan kedatangan Syarikat India Timur yang menguasai lokasi-lokasi strategik, terdapat perubahan besar yang tidak disedari oleh masyarakat tempatan.
Sistem cukai yang diperkenalkan pada tahun 1765 membenarkan Britain menggunakan lebih daripada 1/3 daripada kutipan cukai untuk urusan jual beli mereka dengan warga tempatan.
Oleh itu, semua kos jual beli ditanggung sepenuhnya oleh orang India melalui cukai, dan Britain menggunakan duit India untuk membeli barangan dari India. Taktik ini dilakukan dengan licik, di mana Britain melantik pihak yang berbeza untuk mengutip cukai dan menguruskan urusan jual beli.
Bagi memastikan keuntungan maksimum, barangan yang dibeli oleh Britain kemudian dijual kepada negara luar dengan harga lebih tinggi, membolehkan Britain mengaut keuntungan tanpa mengeluarkan sebarang kos atau modal perniagaan.
Sistem ini berterusan sepanjang zaman penjajahan sehingga pemerintahan British-Raj diperkenalkan pada tahun 1858. Sebelum itu, penggunaan monopoli dan sistem matawang “council bills” memastikan Britain terus menguasai ekonomi India. Semua transaksi barangan keluaran India dengan pembeli luar negara menggunakan “council bills” sebagai satu-satunya matawang yang diterima.
Dengan mengenakan cukai pada proses penukaran matawang, Britain menguntungkan diri mereka sendiri dan merugikan pengusaha India. Proses ini mengakibatkan keuntungan yang besar untuk Britain, sementara India kekal terpinggir.
Britain menggunakan simpanan emas dan perak mereka untuk memulakan ekspedisi penjajahan baru, termasuk penjajahan China, dan projek-projek besar di Eropah, Kanada, dan Australia, sebahagian besarnya dibiayai oleh hasil kerja orang India.
Utsa Patnaik menganggarkan jumlah kerugian India akibat penjajahan Britain sekitar RM195 trilion. Penjajahan ini tidak membawa kemajuan ekonomi yang sebenarnya kepada penduduk setempat, malahan menyebabkan kemerosotan dalam pendapatan dan penurunan jumlah penduduk akibat wabak penyakit.
Retorik yang menyokong penjajahan sebagai satu usaha baik harus dihentikan. Semua catatan yang mengagungkan sumbangan Britain perlu digantikan dengan kebenaran. Britain datang untuk merompak, bukan membangunkan.
Orang India telah membayar harga yang tinggi, dan kesedaran akan kebenaran ini perlu dihidupkan semula.
BACA: Macam-macam skill dodoi dah keluar, sekali dodoi dengan lagu ‘Negaraku’ baru bayi ini boleh tidur