Rolls Royce berlian jadi tumpuan dunia

Rolls Royce berlian jadi tumpuan dunia

Rolls Royce berlian jadi tumpuan dunia. Sebuah kereta Rolls Royce berharga lebih £250,000 (RM1.34 juta) dan bertatahkan ‘berlian’ membuatkan pemandu lain terpegun melihatnya, lapor akhbar The Sun.

Kereta mewah itu dikesan di sekitar London dan ramai orang cuba mengenal pasti siapa pemiliknya. Dalam satu video di TikTok, kereta itu dirakam diletakkan di tepi jalan.

Beribu-ribu pengguna media sosial terpesona melihat kereta itu, namun seorang netizen berkata bahawa pemiliknya menggunakan pistol gam untuk melekatkan batu-batu permata tersebut.

“Itu bukan berlian tulen, ia adalah rhine stone (berlian palsu). Kereta itu milik seorang wanita yang memberitahu bahawa dia telah melekatkan batu permata itu menggunakan pistol gam,” katanya.

Dalam pada itu, nombor plat persendirian pada kereta itu turut mengundang spekulasi netizen.

Rolls Royce berlian jadi tumpuan dunia

Ramai percaya kereta itu milik pengasas butik DCouture, Daria Radionova yang terletak di Knightsbridge.

Akaun Instagram Daria dipenuhi gambarnya bersama sebuah lagi Rolls Royce yang bergemerlapan.

BACA:

Keletihan 4 hari urus tragedi Batang Kali, Pengarah Bomba kena strok

Geram jiran menjerit tengok bola, sekali kena tampal benda ini depan pintu

Kecantikan Aina Abdul jadi bualan warganet

CATEGORIES