Roger Federer umum bersara, “selamat tinggal Tennis!”. SELEPAS 24 tahun mengharungi karier dalam arena tenis, legenda Switzerland, Roger Federer memaklumkan untuk bersara sejurus beraksi di Piala Laver minggu depan.
Keputusan itu dibuat selepas mengakui masalah lutut memaksanya untuk menamatkan karier yang cukup bersejarah.
“Piala Laver minggu depan di London akan menjadi penampilan ATP terakhir saya,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.
Pemenang 20 gelaran Grand Slam itu tidak beraksi sejak tewas di suku akhir dekat Wimbledon pada 2021, selepas menjalani pembedahan lutut ketiganya dalam tempoh 18 bulan.
“Perjalanan karier saya selama 24 tahun adalah sangat luar biasa.
“Walaupun kadangkala seperti berlaku selama 24 jam, ia sangat menakjubkan dan saya seolah-olah hidup seumur hidup,” katanya.
Pemain berusia 41 tahun itu bergelut dengan masalah lutut sejak tiga tahun lalu yang mengehadkannya beraksi hanya tiga daripada 11 Grand Slam yang berlangsung sejak awal 2020.
Federer berkata, badannya telah memberi isyarat sudah tiba masa untuk menamatkan kariernya.
“Saya sudah bekerja keras untuk kembali kompetitif tetapi saya juga sedar kemampuan badan saya dan isyarat itu sudah diberikan sejak kebelakangan ini,” katanya.
BACA:
Puteri Sarah tunjuk whatsapp Yusof Haslam, terkejut lakukan ini dibelakangnya
Kakak kena kanser, gadis nekad rompak bank guna pistol mainan
Dakwaan guru dikerah hadir taklimat pilihanraya, akhirnya Menteri buka mulut