RM250 bilion hanya auta, pakej bantuan Muhyiddin gagal bantu rakyat

RM250 bilion hanya auta, pakej bantuan Muhyiddin gagal bantu rakyat

Selama 2 bulan rakyat disajikan dengan pakej prihatin dan ikan patin Pak Din yang konon berjumlah RM250 bilion.

Semua orang sudah tahu angka RM250 bilion itu adalah auta. Kerajaan cuma sediakan RM25 bilion.

Daripada peruntukan RM25 bilion itu, berbilion² bantuan masih belum sampai kepada rakyat.

DUIT KERAJAAN DAH HABIS

Mak Cik Kiah, Pak Cik Rashid, Pak Salleh yang bekerja/berniaga sendiri atau tiada kerja tetap dan golongan miskin kena terus menyara hidup keluarga.

Mereka dari golongan paling cepat kehabisan wang.

Malangnya masuk bulan Mei Kerajaan sudah tidak ada duit.

Pak Din lebih sibuk lantik ratusan ahli² PN, BN, Umno, Pas, MCA, MIC ke jawatan² politik bergaji ribuan hingga ratusan ribu.

RM150 bilion pula dari duit Loan Moratorium bukan duit Kerajaan.

Itu duit peminjam bayar ansuran bulanan loan selama 6 bulan. Sebaliknya peminjam kena tanggung extra bunga yang sangat banyak.

RM75 bilion dari duit KWSP juga bukan duit Kerajaan. Itu duit simpanan masa depan pekerja. Kerajaan cuma bagi izin pekerja keluarkan duit sendiri.

Pekerja korek duit KWSP RM500 sebulan selama 6 bulan tetapi 3 juta pekerja cuma mampu korek maksimum 1-3 bulan sahaja.

PAKEJ PAK DIN GAGAL

Pakej Pak Din yang penuh dengan muslihat dan silap mata ini terserlah gagal membantu rakyat dan perniagaan.

Penjawat awam bergaji RM5000 – RM12000 sebulan pun dapat RM500 dari Pak Din.

Penyanyi terkenal Rosmah Mansor, menteri teletubby Zuraidah dan ahli parlimen Mahfuz Omar pun layak dapat bantuan prihatin RM1000.

Tapi masih ramai yang belum terima bantuan ini.

Pekerja awam kerajaan berjumlah 1.5 juta terjamin gaji mereka. Alhamdulillah dan bersyukurlah.

Tetapi pekerja swasta dan persendirian berjumlah 11 juta dipotong gaji, diberhenti kerja, diarah bercuti dan tidak ada pekerjaan.

Subsidi gaji kepada majikan bagi pekerja juga bersyarat dan lambat dibayar. Banyak permohonan tidak layak atau ditolak.

Pinjaman mudah SME berhadapan masalah birokrasi dan syarat ketat dari bank.

SME kecil dan sederhana sudah mula kehabisan dana. 70% rakyat bekerja dengan SME ini.

Dianggarkan 2 – 2.5 juta orang sudah/akan hilang pekerjaan. Ramai sudah mula kena potong gaji antara 10-30% atau lebih.

PAKEJ PAJAK GADAI (sic)

Dua bulan duduk diam² di rumah, rakyat sudah rasa diperdaya oleh Pak Din.

Mak Cik Kiah sedar dia ditipu oleh Pak Din. Bantuan bernilai RM8664 hanya dongeng dan impian palsu !

Akhirnya rakyat yang kepayahan mula bertindak sendiri.

Hari pertama kelonggaran PKP lagi orang ramai berbaris panjang di kedai² pajak gadai.

Berlaku di kedai² pajak gadai Ah Seng, Ah Foong, Ah Kow dan Ah Chong di seluruh negara.

(Video) Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Netizen

Ada ler juga kedai² pajak gadai kepunyaan lebai tapi taklah banyak. 😁

KESIMPULANNYA…

Pak Din sudah buntu. Here come Ah Chong.

Pakej Ah Chong lebih power dari Pakej Pak Din.

Memang sedih dan pilu melihat orang ramai beratur panjang untuk mengadai harta benda, cincin dan loket emas ibu bapa, tok nenek dan mereka sendiri.

Nasib baiklah Ah Chong tu MCA.

Kalaulah dia DAP, dah tentu Ah Chong kena cop kominis kafir harbi dan cina rasis yang nak jatuhkan melayu islam. 😁

Terima kasih Ah Chong kerana telah diislamkan. 😁

Wahai Siti Wan Kembang Hidung Binti Ahmad Penyamun… awak apa tahu.

COMMENTS