RM100K duit bantuan awal persekolahan disamun, pengetua cerita detik cemas. Wang Bantuan Awal Persekolahan lebih RM100,000 disamun depan bank.
Pelajar di sebuah sekolah di Beranang, terpaksa berputih mata apabila wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih RM100,000 telah dilesapkan penjenayah depan sebuah bank pagi tadi.
Difahamkan selepas selesai urusan tersebut pada pukul 11 pagi, pengetua terbabit meletakkan wang itu di bawah kerusi penumpang hadapan keretanya yang diparkir lebih kurang 30m dari bank.
Kemudian, dia meninggalkan kereta tersebut untuk membeli minuman di restoran bersebelahan bank.
Walau bagaimanapun selepas 15 minit dan kembali ke kereta, beliau mendapati cermin kereta belakang sebelah kanan telah dipecahkan dan wang tersebut telah hilang.
Kronologi RM100K duit bantuan awal persekolahan disamun, pengetua cerita detik cemas
– Cikgu sampai di Maybank Pekan Semenyih jam 1010hrs bersendirian
– Selesai urusan dan ambil wang Bantuan lebih kurang jam1100hrs
– Pergi ke kenderaan yang diletakkan berhadapan bank jarak lebih kurang 30meter dan meletakkan wang bantuan dlm beg di bawah kerusi penumpang hadapan.
– Cikgu pergi tinggalkan kereta ke Kedai mamak RK Fatimah bersebelahan maybank untuk membeli air minum kerana dahaga.
– lebih kurang 15 minit pesan air dan patah balik ke kereta dapati cermin penumpang sebelah kanan belakang telah dipecahkan.
BACA:
Bantuan awal persekolahan disamun di depan Maybank Semenyih
Petua kekalkan udang ‘fresh’ macam baru naik dari laut walaupun dah 6 bulan