“RM 9.00 pun tak mampu?”,Cikgu hina anak murid tak mampu beli buku log puteri islam sekali ini respon pelajar. Menjadi pendidik nampak mudah di mata orang, tetapi hanya yang menggalas amanah itu tahu bebanan yang digalas.
Tugas seorang guru bukan hanya mendidik, malahan juga kadangkala perlu bertukar watak menjadi seperti seorang ibu atau bapa apatah lagi mendidik dan mengajar pelajar-pelajar di sekolah rendah.
Jiwa kanak-kanak ini lebih suka didekati.
Bagi seorang guru, pengalaman yang terjadi kepada dirinya dulu tidak dijadikan alasan untuk membalas kembali kepada pelajarnya, tetapi dibalas dengan kata-kata yang menyenangkan.
Walaupun isunya hanya sekadar nilai buku, tetapi kesan kerana kata-kata akan menghiris hati anak-anak kecil dan bermain-main di fikiran mereka.
INI kisah tentang dendam aku yang sudah terbalas, yang telah aku simpan lebih 10 tahun lamanya.
Tadi masa dalam kelas (Darjah 2) tiba-tiba seorang student datang ke depan dan berbisik kat aku dengan muka runsing,
“Teacher, saya belum beli buku lagi tau. Mak saya kata kalau mak saya dah gaji baru mak saya belikan.”
“Okay takpe.. takpe, boleh je”, jawabku sambil tersenyum.
nangtime.com – Bila Murid Beritahu Tak Mampu Beli Buku Kerana Mak Belum Gaji, Respon Cikgu Buat Murid ‘Koyak’ 10 Tahun
Lepas tu dia pun balik ke tempat duduk dengan muka happy and ceria.
Kenapa aku kata dendam? Sebab 13 atau 14 tahun yang lalu, aku pernah cakap benda yang sama persis macam apa yang student aku cakap kat aku itu.
Dulu hidup kami agak susah, tapi guru kelas aku yang juga guru penasihat Puteri Islam tak habis-habis paksa aku untuk beli buku log Puteri Islam yang berharga RM9. Korang jangan sembang ‘RM9 je’, orang punya susah jangan pernah kau buat main. Buku log, yang bagi aku kalau guna buku biasa pun tak ada masalah. Tapi cikgu ini, tidak. Dia memilih untuk menekan aku, despite knowing how hard our family was trying to survive life.
Aku masih ingat lagi pada ketika itu, hari itu dan saat itu dengan sangat jelas. Takkan pernah aku lupa. Masa itu cikgu tengah tampal kertas di papan kenyataan. Sama seperti yang pelajar aku buat hari ni, aku pergi ke cikgu dan berbisik,
“Cikgu, boleh tak kalau saya tak beli dulu buku log itu? Mak saya kata kalau mak saya dah mampu baru, mak saya beli. Mak saya belum mampu lagi.”
Dengan mencebik, cikgu tu cakap, “RM9 pun tak mampu?”, sambil tangannya terus menampal, sedikit pun tak memandang ke wajahku.
Sumpah hati aku koyak ketika itu. Bukti koyak? Aku masih ingat apa yang cikgu cakap sampai ke hari ini, suaranya, wajahnya dan apa yang sedang dilakukannya. Semua sangat jelas.
Hari ini aku puas, sebab terasa dendam aku dah terbalas. Aku dah lama tak terima diperlakukan begitu oleh cikgu, tapi apalah sangat yang seorang anak kecil boleh lakukan.
Jadi, selama lebih 10 tahun aku simpan tekad, apa yang jadi kat aku tak akan terjadi kat mana-mana budak lain. Dan hari ini aku puas sebab aku dah berjaya selamatkan seorang anak daripada rasa apa yang aku rasakan dulu.
Aku puas sebab apa yang aku nak orang buat kat aku dulu, aku berjaya buat kat anak murid aku sekarang. Sedikit “ok takpe” yang aku perlukan dari cikgu dulu, aku mampu berikan kat anak murid aku sekarang.
Walaupun hanya seorang yang aku mampu tolong hari ini, aku harap satu je, semoga tiada siapa orang dewasa yang menyentuh emosi anak ini, macam mana emosi aku disentuh dulu.
Kawan, tolong budak-budak bukan hanya dengan wang, bukan hanya dengan makanan, bukan hanya dengan mainan. Your words. Your words. Your words. Kata-kata kau juga beri kesan. Kata-kata kau yang kau boleh lupakan in few mins, budak-budak akan ingat sampai besar. Ambillah aku sebagai contoh paling dekat.
Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan, atau kisah apa yang kau ceritakan. Mereka akan ingat semua yang melukakan. And kids, dont deserve to be hurt. To many more little Balqis out there, I hope you’re doing fine. Dan aku akan terus membantu, walau dengan hanya kata-kata.
BACA;
Inspektor polis kena hukum mati oleh mahkamah selepas bunuh pegawainya
Ini 11 rempah rahsia ayam goreng KFC yang korang boleh cuba buat dirumah, mesti jadi punya!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio