Rindukan tuannya, Oyen setia lawat kubur setiap hari. Nana adalah panggilan manja kepada kucing jantan berwarna oren yang tinggaI di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan.
Kisahnya bermula sejak pemergian tuannya pada Julai 2018, setiap pagi si comel berwarna oren ini akan menziarahi pusara Allahy4rham Ab Aziz Ismail yang terletak kira-kira lima meter dari rumah arw4h.
Seperti merindui tuannya, hampir setiap hari tetap setia mengunjungi pusara arw4h sejak dua tahun lalu, malah ia bagaikan menjadi rutin harian buat haiwan itu.
Tiada siapa yang dapat memahami apa yang terbuku di lubuk hati haiwan ini. Tetapi ia jelas seolah-oleh memikul beban rindu yang sangat berat kepada tuannya yang telah meninggaI dunia.
Cerita anak arw4h, setiap pagi nana balik ke rumah untuk meminta makanan dalam keadaan kakinya dibasah air embun selepas balik dari kubµr abahnya.
Lebih menyentuh hati, dalam tempoh tiga bulan pemergian arw4h, Nana dikatakan hiIang selera makan, seperti masih bersedih dengan kehiIangan penjaganya itu.
Selain menziarahi kubµr, Nana yang berusia enam tahun turut menghabiskan masa di atas kereta peninggaIan arw4h selain buaian yang menjadi tempat kegemaran arw4h.
Menurut Isteri arw4h, Hasnah Che Amat, Nana dijaga mereka sekeluarga sejak dilahirkan dan menjadi binatang kesayangan suaminya yang meninggaI dunia pada Julai 2018, kerana kompIikasi buah pinggang.
“Ketika hayat suami, Nana banyak menghabiskan masa dengan suami dan lebih menyentuh hati, setiap hari ketika solat Subuh, kucing itu akan setia menunggu arwah pulang dari masjid di pagar rumah.
“Suami saya sering memberinya makan selepas pulang dari masjid dan mungkin disebabkan itu hubungan mereka cukup akrab sehinggakan kem4tian suami masih dirasai Nana sehingga kini,” katanya.
Sejak suaminya meninggaI dunia, selama 40 hari mereka sekeluarga akan ke kubµr untuk membacakan Yassin dan setiap pagi mereka sampai ke lokasi, kucing berkenaan sudah terlebih dahulu tiba.
“Setiap pagi sebelum kami sampai, Nana sudah sampai dan dia akan duduk di atas kubur di bahagian kepala. Bermula dari situlah kami melihat keajaiban kasih sayang antara Nana dan arw4h suami.
“Malah, sehingga kini setiap pagi Jumaat kami akan menziarah kubµr, tentunya Nana yang akan sampai dahulu. Bagi saya, kucing ini sangat istimewa buat kami sekeluarga dan akan menjaganya dengan baik,” katanya.
Isteri arw4h juga berkata, dalam tempoh tiga bulan kem4tian suami, keadaan Nana agak menyedihkan kerana dia hilang selera makan.
“Namun, selepas itu keadaannya kembali pulih dan Nana banyak menghabiskan masa di atas kereta arw4h suami. Sehingga kini, setiap kali saya bercucuk tanam di belakang rumah, Nana akan setia menunggu saya sehinggalah saya masuk ke dalam rumah,” katanya.
Hasnah berkata, dia tidak menyangka minat arw4h suami yang memelihara pelbagai jenis binatang ternyata menunjukkan sesuatu yang luar biasa walaupun sudah meninggaI dunia.
“Inilah orang kata bila kita berbuat baik kepada sesiapa sahaja termasuk haiwan, mereka akan sentiasa mengenangkan kita,” katanya.
Betapa setia dan sayangnya Nana pada arw4h. Moga arw4h ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Sesungguhnya haiwan itu mampu mendoakan kebaikan buat manusia kepada pencipta-Nya.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk sentiasa berbuat baik walau pada seekor kucing.