Rihana Petra kongsi kisah Ismail Leon masuk tadika, tak sangka ini pula berlaku

Rihana Petra kongsi kisah Ismail Leon masuk tadika, tak sangka ini pula berlaku

Rihana Petra kongsi kisah Ismail Leon masuk tadika, tak sangka ini pula berlaku. Ratu Cantik Moscow, Rihana Petra merupakan salah seorang figura yang cukup terkenal di Malaysia. Bukan sahaja kerana kecantikannya, bahkan perkongsian mengenai anak tunggalnya, Ismail Leon menarik perhatian warganet.

Terbaharu menerusi satu hantaran di laman Instagram, wanita berusia 30 tahun ini berkongsi kisah Leon yang sudah pun memasuki tadika walaupun baru sahaja menginjak usia tiga tahun.

Cuba menyelami dunia anaknya itu, Rihana atau nama lahirnya Oxana Andreevna Voevodina berkata, “Mari bersama-sama menyelami dunia kanak-kanak. Apa yang ada? Ada ibu, mainan kegemaran, taska yang selesa, rutin harian, kemudian tadika bermula dan segala-galanya berubah.

“Terdapat tempat yang tidak dikenali, makcik yang pelik, mainan yang pelik, makanan yang berbeza dan yang paling penting, tiada ibu di sekeliling. Sudah tentu, ini memberi tekanan kepada si kecil. Dan mereka mengambil masa untuk menyesuaikan diri.”

Jelasnya lagi, “Leon masih menyesuaikan diri dengan tadika. Dulu dia pergi tadika separuh hari, sekarang dia pergi tadika sepanjang hari. Dia terpaksa melepaskan tidur petangnya, jadi rutin hariannya sebelum ini sudah terganggu. Dan sekarang pagi kami bermula dengan kata-kata yang dia tidak mahu pergi ke tadika.

Rihana Petra kongsi kisah Ismail Leon masuk tadika, tak sangka ini pula berlaku

“Ya, dan dia juga menangis di muka pintu seperti kebanyakan kanak-kanak lain, saya rasa. Tetapi sebaik sahaja pintu ditutup di belakang saya, semuanya baik-baik saja dan pada waktu petang Leo tidak mahu meninggalkan tadika pula. Lagipun, tadika itu sangat menarik, dia mendapat banyak aktiviti dan banyak kawan!”

Berkongsi bagaimana dia menghadapi situasi sukar saat mula-mula mendaftar Leon ke tadika, Rihana menyenaraikan cara yang dilakukannya agar Leon lama kelamaan akan mesra dan biasa dengan rutin baru.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah dengan cuba keluar di hujung minggu bersama keluarga rakan-rakan tadika Leon dan jika anaknya itu menangis dia tidak turut menangis sebaliknya senyum agar mampu memberikan semangat.

Semangat betul Leon, walaupun baru berusia tiga tahun, namun ibunya sudah mempersiapkan diri agar dirinya lebih berkeyakinan dan bijak bergaul bersama kanak-kanak lain. Apa yang pasti kecomelannya menambat hati ramai orang!

BACA:

Sebab RM50K, anak tetak ibu sampai mati, buang pulak dalam tong sampah

“Aku tarik rambut kau jumpa dekat set, jangan ingat kau bagus” – Ayda Jebat

HR-V 2022 dapat skor 5 bintang dalam test keselamatan

 

CATEGORIES