Rezeki terpijak, lelaki ini jackpot bila mesin ATM rosak ‘muntahkan’ duit RM10000

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Rezeki terpijak, lelaki ini jackpot bila mesin ATM rosak ‘muntahkan’ duit RM10000

Rakaman CCTV tersebar baru-baru ini menunjukkan sebuah mesin ATM rosak dan telah mengeluarkan beberapa ratus helai wang kertas, dipercayai bernilai RM10,000!

Video berdurasi 16 saat itu menjadi viral selepas dimuat naik di YouTube dan berjaya mendapat 250ribu tontonan hanya dalam masa 24 jam sahaja.

Rezeki terpijak, lelaki ini jackpot bila mesin ATM rosak 'muntahkan' duit RM10000

Di dalam video itu, seorang lelaki Melayu dilihat sedang menggunakan mesin ATM tersebut.

Bagaimanapun, ketika sedang menunggu wang yang ingin dikeluarkannya itu, beratus-ratus nota RM50 ‘dimuntahkan’ oleh mesin ATM tersebut. MEMANG WANG KERTAS SEBENAR.

Boleh dilihat di dalam video, lelaki Melayu itu terkejut, kemudian memandang sekeliling sebelum mengambil wang itu semua secepatnya.

Mesin ATM tersebut dikatakan mungkin rosak dan jumlah wang yang ‘dimuntahkan’ mesin itu adalah sebanyak RM10,000! Siapa tak terkejut weh kalau tiba-tiba jadi depan mata macam ni kan. Duit tuuuu!

Ramai yang terkejut dan terpukau dengan insiden yang berlaku kepada lelaki Melayu di dalam video ini (mestilah!).Walaupun lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti, netizen rata-rata mengekspreskan rasa terkesima mereka dan teruja jika insiden itu berlaku kepada mereka.

Sama ada lelaki Melayu itu menghubungi pihak pengurusan bank tentang kejadian ATM rosak ini atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan.

Kalau jadi dekat korang, apa korang buat?

BACA: Ini 5 bukti minda rakyat Malaysia masih dijajah walaupun dah 66 tahun merdeka, no.3 ramai buat