Ungkapan “rezeki tidak pernah salah alamat” tepat menggambarkan kisah Sunhaji, seorang penjual teh ais di Indonesia yang menjadi tular
selepas dihina penceramah selebriti Gus Miftah dalam sebuah majlis agama.
Ketabahan dan kesabarannya menghadapi kejadian itu telah mendapat pujian ramai.
Namun, terdapat sisi lain kehidupan Sunhaji yang menyentuh hati. Berdasarkan perkongsian netizen di Facebook,
Sunhaji adalah anak yatim piatu sejak kecil dan merupakan orang kelainan upaya (OKU) kerana hanya satu tangannya berfungsi dengan baik.
Dia menumpang di rumah mertuanya yang kecil dan sempit tetapi tetap gigih mencari rezeki.
Selain rajin dan peramah, Sunhaji juga bertugas sebagai bilal masjid dan sering menghadiri ceramah agama sambil menjual teh ais
Ketika dihina Gus Miftah, Sunhaji sebenarnya sedang mencari wang untuk mengisi minyak motosikal agar dapat pulang ke rumah.
Pada malam itu, dia hanya berjaya menjual tujuh gelas teh ais dengan pendapatan RM8.30, di mana RM5.50 dibawa pulang untuk anak-anaknya.
Bantuan Melimpah Ruah
Kejadian tersebut menarik perhatian ramai, dan berkat ketenangan serta kesabarannya, Sunhaji menerima pelbagai bentuk sumbangan:
1. Bantuan Tunai
– Willie Salim: RM28,000
– Ustaz Adi Hidayat: RM13,967
– Bantuan lain: RM55,868
2. Pendidikan Anak-Anak
– Dr Richard Lee dan Ustaz Salim Fillah berjanji membiayai pengajian anak-anaknya sehingga tamat.
3. Hadiah TikTok
– Pempengaruh bernama Bang Senja mengirimkan hadiah TikTok bernilai RM83,802.
4. Ibadah Umrah
– Ustaz Muhammad Fakhrurazzi akan membawa Sunhaji dan isterinya menunaikan umrah pada Ramadan nanti.
5. Rumah Baru
– Masjid Nurul Ashri akan membina rumah untuk Sunhaji sekeluarga dengan kos sekitar RM83,802.
6. Modal Perniagaan
– Partai Gerindra menyediakan bantuan modal untuk beliau meneruskan perniagaan.
Di Malaysia, pempengaruh Aisar Khaled turut menyatakan niatnya untuk membantu Sunhaji.
Dalam tempoh dua hari, jumlah keseluruhan bantuan yang diterima Sunhaji dianggarkan melebihi RM100,000.
Kesabaran dan Keberkatan
Kisah Sunhaji menjadi inspirasi kepada ramai, membuktikan bahawa kesabaran dalam menghadapi ujian hidup akan membawa keberkatan dan rezeki yang tidak disangka-sangka.
BACA: Tak sampai hati bersenang-senang dikala negara banjir, Yusof Haslam batalkan percutian