Musim panas ini, rumah-rumah pastinya menggunakan lebih banyak peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas, dan lain-lain lebih kerap.
Bahkan, ada yang membeli peralatan ini untuk mengurangkan kepanasan di rumah.
Walaupun begitu, dari sudut pandang lain, bil elektrik tentunya meningkat dengan peningkatan penggunaan peralatan ini.
Walaupun kebanyakan peralatan elektrik telah dipertingkatkan dengan teknologi penjimatan elektrik, sebagai pengguna, kita perlu mengambil perhatian terhadap aspek lain seperti penggunaan kuasanya kerana ia mempengaruhi bil elektrik rumah anda.
Oleh itu, SK hari ini, akan berkongsi tip yang disampaikan oleh Muhammad Faris Abdullah tentang bagaimana membaca plat nama elektrik.
Berikut adalah cara membaca plat nama elektrik:
Ketika membeli penghawa dingin Air Condition (AC), penjual biasanya akan menyebut 1Hp, 1.5HP, 2Hp, dan sebagainya.
Apa itu horsepower atau HP? HP adalah ukuran kapasiti penyejukan sesebuah aircond. 1 unit HP sama dengan ~750W.
Bagaimana kita tahu AC kita sama dengan 1HP? Kita boleh membaca plat nama elektrik di AC pada input kuasa / arus. Sebagai contoh, AC di rumah saya 1HP menggunakan elektrik sebanyak 850W/3.7A setiap jam dalam keadaan normal.
Di situ juga ada tulis rated power/input current. Apa perbezaan antara rated input current (6.1A) vs input current (3.7A).
Rated input current adalah kadar arus maksimum sesebuah aircond akan gunakan. Ia juga sebagai panduan pendawaian yang diperlukan bagi menghidup sesebuah aircond. Jika anda menggunakan wayar yang tidak sesuai, ia boleh menyebabkan kecelakaan atau kebakaran. Untuk aircond di bawah 2Hp, pendawaian minimum adalah saiz 2.5mm. 2Hp ke atas memerlukan pendawaian minimum saiz 4mm.
Peti ais inverter dengan rating bintang 5 di rumah saya, sebagai contoh, rated current hanya 0.8A. Sangat rendah dan jimat elektrik.
Arus peti ais di rumah saya hanya 0.8A, jauh berbeza dengan aircond yang menggunakan 3.7A. Walaupun keduanya adalah alat penyejuk.
Itulah sebabnya penting bagi kita untuk tahu membaca plat nama elektrik pada peralatan elektrik di rumah kita.
Kita boleh membaca sama ada power rating atau input current. Dari situ, kita dapat mengetahui kuasa elektrik peralatan di rumah kita.
Peralatan yang biasanya selalu dihidupkan untuk jangka masa yang panjang seperti peti ais, aircond, mesin basuh, pengering baju, jika mungkin, pilihlah yang mempunyai teknologi inverter kerana ia lebih jimat elektrik.
Kerana ia memerlukan kuasa yang tinggi dan kita hidupkan untuk jangka masa yang panjang.
Jika peralatan tersebut hanya dihidupkan sebentar seperti oven, microwave, air fryer, dan sebagainya, tidak mengapa memilih yang bukan inverter. Pernah dengar tentang oven inverter? Tidak, bukan? Ya, kerana ia tidak berbaloi.
Jika bil elektrik kita naik pada musim panas ini, bukan salah peti ais tetapi salah aircond.
BACA: Persenda kalimah Allah, Majlis Perbandaran Batu Pahat tamatkan lesen perniagaan Xin Jian Chang