Menarik dan unik! Tahukah anda bahawa sebuah restoran di Thailand masih menggunakan kuah sup yang sama sejak lebih empat dekad lalu untuk menghasilkan hidangan yang menjadi kegemaran ramai?
Restoran Wattana Panich yang terletak di Bangkok ini memegang tradisi yang luar biasa dalam dunia kulinari.
Menurut pemilik restoran, Nattapong Kaweenuntawong, sup yang digunakan untuk menyajikan bihun sup daging, yang dikenali sebagai “neua tune” di Thailand,
Mereka tidak pernah dibuang sejak hari pertama restoran ini dibuka 46 tahun yang lalu.
Kaweenuntawong menjelaskan bahawa kerak-kerak sup yang terkumpul di dalam periuk memberi rasa yang lebih mendalam dan unik,
menjadikannya sebagai resipi rahsia yang menjadikan bihun sup di restoran mereka begitu terkenal.
“Kami tidak pernah buang kuah sup. Setiap kali operasi berakhir, kami akan memanaskan sup itu semalaman dengan api perlahan dan esoknya kami hanya menambah bahan-bahan yang diperlukan untuk meneruskan rasa yang sama,” jelas Kaweenuntawong pada tahun 2019.
Kuah sup yang berusia 45 tahun ini telah membuktikan ketahanannya, tanpa pernah ada pelanggan yang mengadu keracunan atau masalah kesihatan sejak restoran ini mula beroperasi. Menurutnya, kuah sup tersebut menghasilkan aroma dan rasa yang sangat unik dan sukar ditandingi.
Bahan-bahan utama untuk menghasilkan “neua tune” termasuklah kuah sup yang berusia, daging lembu, perut lembu, bebola daging, daun sup dan bihun. Rasa kuah sup yang sudah berusia itu yang memberi kelainan dan keistimewaan pada hidangan tersebut.
Kaweenuntawong yang kini berusia 40 tahun, adalah generasi ketiga yang menguruskan restoran keluarga ini, bersama-sama dengan ibu dan isterinya. Ternyata, restoran ini bukan hanya terkenal dengan hidangannya, tetapi juga dengan sejarah dan tradisi yang sangat unik dalam dunia masakan Thai.
Dengan cara yang begitu istimewa, restoran ini telah berjaya mengekalkan rasa dan aroma yang menggoda selama bertahun-tahun. Jika anda berpeluang mencuba sup legendaris ini, apakah anda sanggup mengambil cabaran dan menikmati rasa yang sudah berusia hampir setengah abad?
BACA: Bukti utama punca kemalangan maut ditemui di pusat sampah