Restoran hidang tikus ‘crispy’ buat anak tekak jadi mual

Restoran hidang tikus crispy buat anak tekak jadi mual

Restoran hidang tikus ‘crispy’ buat anak tekak jadi mual. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang memesan nasi ayam rangup sebaliknya mendapat lauk tikus ‘crispy’, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id.

Ia memaparkan seorang wanita memesan set nasi ayam rangup di sebuah restoran. Dia kemudian membawa pulang makanan itu untuk dimakan di rumah.

Akan tetapi, ketika ingin memakannya, dia mendapati bahagian lauk ayam dalam hidangan itu lain daripada yang lain.

Ini kerana ayam itu mempunyai ekor panjang dan berwarna hitam. Bukan itu sahaja, bentuknya juga seperti seekor tikus.

Restoran hidang tikus 'crispy' buat anak tekak jadi mual

Wanita itu mendapati tekstur lauk itu agak keras dan tidak menyerupai daging ayam. Dia kemudian memanggil ibunya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Hati-hati kalau makan nasi ayam penyet,” kata seorang netizen.

“Oh teruk. Pelanggan memang kena lebih berhati-hati sekarang, ketahui apa yang digoreng dan lihat prosesnya,” komen netizen lain.

BACA:

Ajak Shiro kecam Shahrol isu stesen radio tak profesional

Selepas 2 tahun, akhirnya jemaah boleh kucup hajarul aswad semula

Cederakan wanita, penceramah terkenal kena cekup – “dia ni rupanya..’

CATEGORIES