Respon lelaki sanggup kahwin gadis berat 100 KG dipuji

Respon lelaki sanggup kahwin gadis berat 100 KG dipuji

Respon lelaki sanggup kahwin gadis berat 100 KG dipuji. Seorang lelaki kurus di Vietnam tidak mempedulikan pandangan sinis masyarakat kerana berkahwin dengan seorang gadis yang mempunyai berat badan 100 kilogram, lapor laman berita eva.n semalam.

Dia jatuh cinta selepas kerap menghantar barang yang dipesan secara online oleh wanita itu.

Duy Quang menempuh detik sukar untuk memikat isterinya, Y Phi yang tidak menunjukkan minat untuk bekenalan.

Menurut Y Phi, kali pertama mereka berjumpa adalah ketika Duy menghantar barang yang dipesan secara online kepadanya di pejabat.

“Pada pertemuan kali kedua, Duy memberanikan diri untuk bertanya sama ada saya sudah mempunyai kekasih dan apabila saya berkata tidak, dia tidak menunggu lama untuk mengajak saya keluar.

Respon lelaki sanggup kahwin gadis berat 100 KG dipuji

“Saya tidak melayan panggilan telefon dan mesejnya pada awal perkenalan kami kerana tidak yakin dia benar-benar sukakan saya. Namun Duy tidak berputus asa,” kata Y Phi.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada April lalu selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Menurut Y Phi, dia sangat memikirkan keadaan fizikalnya kerana menganggap tidak secocok dengan Duy yang kurus serta tinggi.

“Duy tidak pernah menyentuh isu penampilan fizikal sepanjang kami bersama dan lebih fokus tentang keserasian antara kami berdua,” ujar Y Phi.

BACA:

Wow! Mat Kilau kutip RM1 Juta hari pertama

Timbalan Menteri dari Umno gesa Ismail Sabri pecat Tengku Zafrul

Lelaki dedah perangai sebenar B40 menyewa di apartment, ada yang sampai bela ayam

CATEGORIES