Resipi sebijik macam air milo lori, rindu zaman sekolah dulu-dulu. Rata-rata individu di negara kita pernah mencuba kesedapan air Milo terutama sekali air Milo yang diambil daripada lori, bukan?
Tapi, air Milo yang dibancuh secara biasa mempunyai rasa yang berlainan dan tidak sesedap air Milo lori.
Jom, hari ini kami akan tunjukkan resepi mudah untuk buat air seakan-akan air Milo lori.
Bahan-bahan yang diperlukan
8 tin susu pekat
8 tin susu cair
4 liter air panas
4 paket Milo(1 kg)
Ketulan Ais
Cara penyediaan
milo lori
Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas
Masukkan serbuk Milo
Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati
Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.
Sedia untuk diminum
Ha, mudah saja kan? Selamat mencuba!
BACA:
Dr Halimah dicabar buktikan Menu Rahmah boleh sebabkan kanser dan autisme
Perkampungan haram PATI di Cyberjaya kejutkan orang ramai, siap ada warung dan surau