Kadang-kadang mesti ada hari yang terasa nak makan nasi tomato tapi susah pula nak cari,
Rupanya senang sahaja buat dekat rumah.
Bila dah masak sendiri maka jimatlah sedikit kos minyak kereta dan makanan pun dapat dalam kuantiti lebih banyak.
Bagi peminat tegar nasi tomato, boleh cuba resipi yang dikongsikan di Facebook oleh Maimunah Zulkifli.
Resipi Nasi Tomato
6 pot (boleh mkn 12 ke 15 orang) air sukatan ikut pot yang sukat beras tadi tu.
Bahan-bahan:
Susu cair 1 atau 2 pot beras tadi.
tomato pure ( ½ tin, wajib kena ada.)
Rempah 3/4 sekawan
Bawang putih dan bawang merah (blend)
Daun pandan
Minyak sapi / minyak masak / butter
Garam
Gula
Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis rempah 3/4 sekawan, daun pandan dan bawangg blend..
Dah wangi, masukkn ½tin tomato pure, tumis lagi..
Masuk gula garam.. Tumis, dan masukkan air yang disukat tadi.
Kalau guna periuk nasi biasa, biar sampai mendidih, Kalau guna periuk tekanan lebur je dengan beras dan susu cair,
Tutup periuk tekan masak
Resipi Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
Ayam goreng separuh masak
Rempah 3/4 sekawan
Tomato pure ( ½tin)
Cili tomato, cili sos
Cili kering
Serai, daun pandan (wajib kalau nak bau ala kenduri gitu)
Gula kerek / gula biasa / garam / santan (sikit je dlm 3/4 sudu mkn)
Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis rempah, daun pandan, serai dan bawang beland..
Masukkan cili kering, tumis sampai pecah minyak
Masukkan gula kerek, tomato pure dan sos tomato dan sos cili.
Masak sampai pecah minyak lagi, rasa gula garam..
Masukkan sikit air kalau nampak pekat.. Masak sampai elok.
Masukkan ayam dan sedikit santan.
Guna api perlahan je smpai masak elok.. Siap!
Selamat mencuba!