Resipi kuih siput terlajak rangup, wajib ada masa hari raya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Banyak cuba resepi Kuih Siput, tapi semuanya jadi keras.

Malam tadi mencuba resepi ini, Alhamdulillah, kuihnya sedap dan rangup!

Resipi kuih siput terlajak rangup, hidangan mudah & wajib ada masa hari raya

Resipi kuih siput terlajak rangup, wajib ada masa hari raya

Bahan-bahannya :

• 1kg tepung gandum
• Cili kering (sukatan ikut pedas masing-masing)
• 2 sudu makan rempah daging
• 1 sudu makan jintan manis dan jintan putih (campur dan tumbuk)
• 1 cawan santan (jangan terlalu pekat)
• 1 cawan majerin (dicairkan)
• 1 biji telur
• Garam secukup rasa
• Daun kari secukupnya

Cara-caranya :

1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.

Jika perlu, tambahkan sedikit air dan biarkan berehat sebentar.

2. Selepas itu, anda boleh mencubit dan menekan doh pada acuan.

3. Tetapi jika ingin cara yang lebih mudah, gunting sahaja.

Rasanya masih sama walaupun bentuknya berbeza.

4. Setelah itu, goreng dengan api yang tidak terlalu kuat, gunakan api sederhana sahaja.

Selamat mencuba semua!

Baca:“Baru je 4 bulan suami kahwin dengan ustazah tu, dia tiba-tiba merayu nak balik kepada aku dan anak selepas dia ceraikan”