Singgang merupakan salah satu masakan ringkas yang bukan sahaja sedap tetapi juga sihat.
Kuahnya yang masam dengan aroma serai dan halia menjadikan hidangan ini sangat digemari.
Jika biasanya anda menikmati singgang ikan, kali ini cubalah variasi dengan daging.
Untuk lebih rasa, gunakan bahagian tulang dan pastikan kuahnya dibuat lebih banyak kerana itulah yang menaikkan selera.
Bahan-bahan:
- 1 kg tulang campur daging – dipotong dan direbus terlebih dahulu
- 1 biji bawang merah – dihiris
- 3 ulas bawang putih – dihiris
- ½ inci halia – dihiris
- ½ inci lengkuas – dihiris
- 1 inci kunyit – dihiris
2 batang serai – diketuk - 1 sudu besar lada hitam
- 1 liter air
- 1 keping asam gelugur
- Beberapa biji cili api (ikut selera)
- 2 biji kentang – dipotong
- 1 batang lobak merah – dipotong
- 1 biji tomato – dipotong
- Daun ketumbar – untuk taburan
Cara Memasak:
Tumisan Awal:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit) sehingga naik bau dan sedikit garing.
Rebus Sayur:
Masukkan kentang dan lobak merah ke dalam periuk bersama satu liter air. Masak sehingga kentang empuk.
Tambahkan asam keping untuk memberikan rasa masam.
Masukkan Daging dan Tulang:
Setelah kentang masak, masukkan daging dan tulang yang telah direbus.
Perasakan:
Biarkan daging lembut, kemudian tambahkan cili api, tomato, dan garam secukup rasa.
Hidangkan:
Akhir sekali, taburkan daun ketumbar di atas hidangan sebelum disajikan.
Semasa makan, pecahkan cili api untuk menambah kepedasan.
Tip Tambahan:
Kuah singgang yang banyak dan rasa masam-pedasnya adalah rahsia keenakan hidangan ini. Jangan lupa nikmati bersama nasi panas!
BACA: Pakar haiwan dedah sebab apa kucing suka ‘palau’ bila dipanggil, padahal tahu nama mereka