Resipi ayam goreng macam dekat MCd, rangup di luar ‘juicy’ di dalam

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Kalau pergi ke gerai kecil atau pasar malam, pasti kita perasan ayam goreng di sana lebih rangup

Berbanding bila dibuat di rumah. Walaupun dah sejuk, ayam tetap nampak rangup dan sedap dimakan.

Rahsia ini dikongsi oleh seorang peniaga, Yayar B. Awang Noh, di Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Beliau mendedahkan cara membuat tepung khas untuk menghasilkan

ayam goreng homemade yang rangup dan enak.Resipi Ayam Goreng Homemade

Resipi ayam goreng macam dekat MCd, rangup di luar ‘juicy’ di dalam
Bahan-Bahan:

700g tepung gandum

1kg tepung beras

300g tepung ubi kayu

3 sudu teh serbuk lada putih

7 sudu makan stok ayam serbuk

7 sudu makan serbuk perasa

7 sudu makan garam

Cara Membuat Tepung:

Kisar serbuk perasa dan garam sehingga halus.

Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

Tepung buatan sendiri sudah siap!

Boleh juga campurkan dengan tepung segera yang dibeli untuk variasi.

Cara Membuat Ayam Goreng Homemade:

Selepas ayam dicuci bersih, dalam keadaan masih basah, pecahkan sebiji atau dua biji telur (ikut kuantiti ayam).

Taburkan sedikit tepung yang telah disediakan tadi untuk memekatkan adunan pada ayam.

Sediakan bekas lain dengan tepung yang banyak untuk menyalut ayam.

Salut ayam dengan tepung hingga rata (jangan terlalu nipis atau tebal).

Masukkan ayam ke dalam minyak panas yang banyak, goreng dengan api sederhana.

Goreng sehingga ayam berwarna keperangan.

Selamat mencuba! Kini, ayam goreng anda pasti rangup seperti di pasar malam.

BACA: Menjelang 2025, 620k rakyat Malaysia berisiko hilang pekerjaan dalam 10 bidang ini jika..