Mari cuba resipi perapan Ayam Bakar Hitam ini. Perapan ini menggabungkan rasa manis dan pedas dengan sentuhan lada hitam yang tersendiri.
Anda boleh menyesuaikan tahap kepedasan mengikut citarasa dengan menambah atau mengurangkan jumlah lada hitam.
Berikut adalah bahan-bahan perapan menerusi perkongsian dari Cik Puan Noor Rabi Atul Adawiyah.
RESIPI AYAM BAKAR HITAM
ayam bakar hitam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 2 dibersihkan dan tos airnya)
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah
4 inci halia
4 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
Garam (secukup rasa)
4 sudu besar minyak zaitun
3 helai bay leaves
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar kasar bawang putih,halia,lada hitam bersama minyak zaitun (jangan kisar guna air)
2. Campurkan bahan kisar tadi bersama sos tiram,sos lada hitam,madu dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan bay leaves dan gaul.
4. Kemudian salutkan bahan-bahan perapan tadi diseluruh bahagian ayam.
5. Perapkan semalaman.
6. Sebelum dibakar selitkan butter (potong dadu) dibawah lapisan kulit ayam.
7. Bakar selama 1 jam pada suhu 180°C.
8. Setiap 1/2jam sapukan minyak/butter pada ayam supaya ayam tidak kering.
9. Siap dibakar, sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi Ayam Bakar Hitam ini.
Sumber: Noor Rabi Atul Adawiyah
Baca juga:Cara basuh selimut dan toto guna mesin basuh di rumah, tak perlu hantar dobi ikut teknik ini je