Resepi telur dadar Thai viral, memang gebu jadinya!

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

SEJAK kebelakangan ini, resipi telur dadar Thai atau ada yang memanggilnya Thai Omelette viral dalam kalangan masyarakat.

Semuanya gara-gara harga yang dikenakan oleh seorang peniaga dikatakan mahal iaitu RM13.

Lantaran itu, ramai yang memuat naik resipi yang sama dengan cara yang berbeza.

Resepi telur dadar Thai viral, memang gebu jadinya!

Rupa-rupanya, telur dadar tersebut tidak sama cara masak dan makan sepertimana telur dadar biasa.

kongsikan satu resipi mudah, gebu dan pasti jadi yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Rozmaliza Omar .

Resepi THAI OMELETTE

Bahan²
3 biji telur A
7 ekor udang cuci bersih
Segenggam daun thai basil *
Daun bawang *
Cili padi Hijau *
Cili padi merah *
Bawang rose hiris (Bawang lain xmau)
Sos ikan brand Tiparos
Garam (sy x letak)
Serbuk perasa 2 jenis (makesure pakai yg ade brand
Gula perang jangan gula putih

Cara²

Hiris semua bahan bertanda * masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain pukul hingga rata dan sebati. Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap omelette. Dah siap , dressingkan dengan taugeh.

PRIK NAM PLA buat sedap²

Jangan letak sos ikan dan cili sahaja .

Wajib buat sungguh2 guna limau asli bukan limau botol . Gula kelapa siam jangan guna gula putih. Last sekali dressing daun ketumbar & serbuk lada putih.
Resepi asal Dania Niase Restaurant

Cara buat PRIK NAM PLA 🌶🌶

1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing2
2. Sos ikan (agak2 tenggelamkan bahan cincang)
3. Sedikit sos golden mountain
4. Perah asam limau
5. Gula thai/ gula somtam satu sudu, kacau2, SIAP !!!

BACA: Anak Kecewa Ayah Ada ‘Affair’ Ketika Ibu Sakit, Nampak Mesej Dari ‘Penyondol’