Remaja perempuan 15 tahun bunuh diri akibat tertekan masalah jerawat

Seorang remaja perempuan periang di United Kingdom (UK) meninggal dunia disyaki membunuh diri selepas sembilan bulan mengambil ubat atasi masalah jerawat.

The Sun melaporkan Annabel Wright, 15 , ditemukan mati di bilik tidurnya di Yorkshire pada 2019.

Bapanya, Simon memberitahu inkues yang diadakan di Northallerton, Yorkshire Utara bahawa anak perempuannya tenang ketika berselisih dengannya pada petang hari kejadian.

Remaja perempuan 15 tahun bunuh diri akibat tertekan masalah jerawat

ANNABEL Wright.

Kira-kira 20 minit kemudian, nenek Annabel mendapati cucunya itu sudah meninggal dunia.

Inkues turut diberitahu adik lelaki Annabel, Will yang baru berusia 12 tahun, berusaha membantu bapanya memberi bantuan kepada kakaknya sehingga ambulans dan polis tiba.

Annabel tidak meninggalkan nota bunuh diri manakala ujian toksikologi mendapati gadis itu negatif dadah dan alkohol.

Annabel bersekolah di Harrogate dan menunjukkan prestasi yang baik.

Ibu Annabel, Helen memberitahu inkues dia tidak menyedari ada yang tidak kena dengan anak perempuannya. Dia ada melihat kesan calar di pergelangan tangannya pada akhir Januari 2019 iaitu selepas mengambil sejenis ubat.

Pada mulanya, Annabel mendakwa bahawa dia mencederakan dirinya sendiri pada musim luruh.

Kemudian, anak perempuannya itu mengaku mencederakan diri dengan pisau cukur di bilik mandi beberapa saat selepas berbual dengan rakannya di telefon.

“Dia beritahu berasa rendah diri,” katanya.

Julai 2018, Wright dan anak perempuannya pergi ke sebuah premis di Boroughbridge untuk melihat ubat yang sesuai. Annabel mengalami masalah jerawat sejak berusia 12 tahun dan menggunakan sejenis antibiotik selama setahun.

Ketika ditanya koroner Jonathan Leach bagaimana Annabel berdepan masalah kulit berjerawat sejak sekian lama, Wright memberitahu, anaknya tidak terganggu atau tertekan dengannya.

“Cuma dia terkesan seandainya jerawat itu meninggalkan parut dan ada bertanya mengenainya.

“Saya jawab tidak dan minta dia biarkan saja, malah Annabel nampak tidak tertekan dengannya,” katanya.

Inkues bagi menyiasat punca kematian remaja itu masih berlangsung di sebuah mahkamah koroner di sini.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/09/758591/tragedi-gadis-ambil-ubat-rawat-jerawat

BACA JUGA : Suami tergamak rakam isteri gantung diri

CATEGORIES