Remaja mogok lapar 3 hari, desak ibunya belikan iPhone

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang remaja di India mengadakan mogok lapar selama tiga hari hanya untuk mendesak ibunya

membeli telefon pintar iPhone, menurut laporan portal berita Oddity Central.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di platform X oleh akaun @AbhishekSay,

ibu remaja tersebut mendedahkan bahawa dia bekerja menjual bunga di luar kuil untuk menyara keluarganya.

“Saya menjual bunga di luar kuil dan memberikan wang kepada anak saya untuk membeli telefon kerana dia tidak makan apa-apa selama tiga hari.

Remaja mogok lapar 3 hari, desak ibunya belikan iPhone

“Saya gembira dia akhirnya makan, tetapi saya mahu dia belajar berdikari dan memulangkan wang itu semula,” kata wanita tersebut.

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial, di mana ramai netizen mengecam tindakan remaja itu dan menuduhnya menyeksa ibunya yang bekerja keras untuk membeli iPhone.

“Menghabiskan wang sebanyak itu untuk iPhone tanpa bekerja, sementara ibu anda bekerja keras menjual bunga. Ini tidak masuk akal,” kata seorang netizen.

BAcA: ‘5 tahun adik ipar tumpang rumah aku, makin naik lemak bila dia tengking anak aku, aku paksa suami halau cara halus’