Remaja kena bayar RM679,460 kepada keluarga perogol selepas tikam perogol sampai mati

Remaja kena bayar RM679460 kepada keluarga perogol selepas tikam perogol sampai mati

Remaja kena bayar RM679,460 kepada keluarga perogol selepas tikam perogol sampai mati. Sudahlah menjadi mangsa rogol, terpaksa pula keluarkan duit untuk membayar keluarga perogol selepas remaja berusia 17 tahun nekad menikam lelaki yang merogolnya sehingga mati.

Remaja tersebut didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Iowa, Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan menikam lelaki yang merogolnya sehingga mati.

Pieper Lewis yang juga mangsa pemerdagangan manusia diperintah membayar ganti rugi sebanyak AS$150,000 (RM679,460) kepada keluarga lelaki berkenaan lapor The Guardian.

Lewis pada mulanya didakwa atas tuduhan pembunuhan tahap pertama terhadap Zachary Brooks,37, dari Des Moines pada Jun 2020 dan mengaku bersalah atas tuduhan pembunuhan dan kecederaan yang disengajakan, kedua-duanya boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Bagaimanapun, Hakim daerah Polk, David M Porter menangguhkan hukuman penjara tersebut. Jika Lewis melanggar mana-mana bahagian percubaannya, maka dia boleh dikenakan penjara selama 20 tahun.

Remaja kena bayar RM679,460 kepada keluarga perogol selepas tikam perogol sampai mati

“Mahkamah ini tiada pilihan lain selain mengarahkan remaja itu membayar wang kepada keluarga perogolnya,” kata Porter dengan merujuk ganti rugi itu adalah mandatori dibawah undang-undang negeri yang dikekalkan oleh Mahkamah Agung Iowa.

Sementara itu, bekas guru Lewis, Leland Schipper menggerakkan insiatif mengumpul dana menerusi GoFundMe bagi membantu meringankan beban ditanggung mangsa.

Katanya, dana terkumpul sudah melebihi jumlah diperlukan untuk membayar restitusi AS$150,000 (RM679,460).

Schipper berkata, wang itu akan digunakan terlebih dahulu untuk membayar ganti rugi tersebut dan tambahan AS$4,000 (RM18,118) yang terhutang kepada kerajaan negeri.

BACA:

Bulatan Putrajaya berhantu? Ramai dakwa kena pukau lalu tempat sama

BKM: PM umum tarikh baru masuk akaun

Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada

 

CATEGORIES