Remaja dari Pahang maut kena pijak gajah

Remaja dari Pahang maut kena pijak gajah

Remaja dari Pahang maut kena pijak gajah. Seorang remaja Orang Asli mati diserang gajah di kawasan dusun di Kampung Tual, Pos Sinderut, dekat Sungai Koyan, Kuala Lipis, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Azli Bin Mohd Noor berkata, mangsa dikenali sebagai Andy Yok Manin, 15 tahun.

Katanya, polis mendapat laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam empat petang tadi dan siasatan awal mendapati sekumpulan gajah dikesan di Perkampungan Orang Asli Kampung Rengang, Sungai Koyan.

Remaja dari Pahang maut kena pijak gajah

“Penduduk kampung dikatakan mengusir gajah terbabit dan haiwan liar itu beredar ke dusun durian milik keluarga remaja terbabit di Kampung Tual berhampiran Kampung Rengang dan menyerang mangsa,”

“Ketika kejadian mangsa bersama beberapa ahli keluarga berada di dusun itu tetapi maklumat awal diperolehi semua mereka sempat menyelamatkan diri dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan kecuali remaja terbabit,”

“Selepas gajah berkenaan beredar, keluarganya kembali semula ke dusun terbabit dan menemui mayat remaja berkenaan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media.

Ahli keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.

Kejadian ini berlaku selepas sebulan seorang wanita terbunuh selepas rumah mangsa diserang gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau, 6 Disember lalu.

BACA JUGA :

Kerana curi kad Touch n Go mangsa tanah runtuh Batang Kali, penjawat awam direman

Tanda kiamat? Kawasan pergunungan di Mekah menghijau

Nad Zainal sebenarnya ada kembar? Ini pengakuan gadis yang dikatakan kembar Nad Zainal

CATEGORIES