Remaja bawah umur selamba tonggang arak malam tahun baru

Remaja bawah umur selamba tonggang arak malam tahun baru

Remaja bawah umur selamba tonggang arak malam tahun baru. Seorang remaja lelaki bawah umur antara 11 yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas didapati mengambil minuman keras dalam Ops Bersepadu Tahun Baharu di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney, di sini malam tadi.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, kesemua lelaki beragama Islam yang berusia antara 16 sehingga 38 tahun itu ditahan ketika sedang minum minuman keras kira-kira pukul 11.45 malam.

“Remaja berkenaan memberi alasan yang dia kali pertama berkunjung ke pusat hiburan itu selepas diajak rakan-rakannya.

“Hasil ujian saringan yang dijalankan membuktikan semua individu terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.

“Mereka yang ditahan kebanyakannya bekerja dalam sektor perkilangan dan kesihatan telah dibawa ke Jabatan Pemeriksaan JHEAIPP untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu awal hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azizon berkata, salah seorang daripada individu yang ditahan turut membawa teman wanita warga Indonesia berumur lingkungan 20-an yang didakwa tunangnya untuk meraikan tahun baharu bersama di premis terbabit.

“Walau bagaimanapun, wanita terbabit tidak ditahan memandangkan dia bukan beragama Islam.

“Selain itu, cubaan melarikan diri juga berlaku namun pihak polis telah mengawal ketat di setiap jalan keluar termasuk laluan tangga selain lif,” katanya.

Pihak JHEAIPP akan menghubungi waris individu yang ditahan bagi tujuan ikat jamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

BACA JUGA :

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

‘Sampai sekarang aku gigil tengok lelaki ‘bogel’ berdiri depan pintu rumah’

CATEGORIES