Rekod baru dunia, cincin mewah ini bertatahkan 24,679 butir berlian. Sebuah syarikat perhiasan di India menempah namanya dalam Guinness World Records apabila menggunakan sejumlah 24,679 butir berlian untuk menghasilkan sebentuk cincin.
Guinness World Records mengumumkan bahawa SWA Diamonds memegang rekod untuk cincin bertatahkan paling banyak berlian. Cincin itu digelar ‘Ami’ atau dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud keabadian.
Reka bentuk cincin itu adalah berinspirasikan cendawan tiram merah jambu.
“Cendawan ini mewakili keabadian dan umur panjang,” kata Pengarah Urusan SWA Diamonds, Abdul Gafur Anadiyan.
Berlian asli yang diletakkan pada cincin itu disahkan bebas konflik oleh Skim Pensijilan Proses Kimberley.
Cincin yang beratnya kira-kira 340 gram itu dianggarkan oleh SWA Diamonds bernilai sekitar AS$95,243 (RM423,736). – Agensi
BACA:
Kanak-kanak pun dah ikut trend ‘sarung cincin’, ini kesan yang ramai tak tahu
“Dulu beli harga RM48 je, sekarang cincin ini bernilai RM3.75 Juta”
Gempar !!! Bekas ejen risikan dedah Putera Mohammed bunuh Raja Abdullah guna ‘cincin racun’