Reaksi Aiman Hakim bila tahu Zahirah MacWilson hamil jadi perhatian

Reaksi Aiman Hakim bila tahu Zahirah MacWilson hamil jadi perhatian

Reaksi Aiman Hakim bila tahu Zahirah MacWilson hamil  jadi perhatian. PERKONGSIAN pasangan selebriti Zahirah MacWilson dengan suaminya Aiman Hakim Ridza mengenai kehidupan bersama anak sulung mereka di laman sosial sentiasa menarik perhatian netizen.

Video kompilasi perjalanan dari awal Zahirah disahkan hamil cahaya mata pertama turut dimuat naik semula di akaun TikTok peminat aktres itu.

Menerusi video tersebut, Zahirah turut berkongsi momen ketika pertama kali dia memberitahu Aiman mengenai dirinya sedang hamil.

Raut wajah Aiman terus berubah menjadi sebak sehingga tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika melihat keputusan ujian kehamilan isterinya.

Rata-rata netizen turut berasa sebak menonton momen tersebut selain ada juga segelintir mereka berharapkan dikurniakan cahaya mata juga.

Reaksi Aiman Hakim bila tahu Zahirah MacWilson hamil jadi perhatian

“Auto bergenang air mata bila tengok video kejutan hamil macam ini. Moga aku dan suami diberikan peluang bergelar seorang ayah dan ibu.

“Tengok dia pregnant dulu, rasa macam nak pregnant saja lagi. Tapi kena fikir panjang bab nak hamil ini. Aku hamil, aku seorang diri, laki aku tak pernah bagi kasih sayang.

“Kalau dengar lagu ini dengan video orang TTC/pregnant journey, auto jadi sebak,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 8 Jun 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang kini berusia setahun lebih.

@user4819594388255 Our Journey🥰😭 #fyp #foryou #foryoupage #masukfyp #masukberanda #berandafyp #berandatiktok #berandafypシ #masukfyp #masukberanda #masukfyp ♬ Buah Hati – Armada


BACA:

Bendera HARAPAN berkibar di Stadium Piala Dunia Qatar jadi perhatian dunia

“Axia dah setaraf 4×4!”, selamba off road lalu jalan Baram

“Gambar Cleopatra bagi susu ke?”, netizen perasan sesuatu pula

CATEGORIES