Rayuan Ali Puteh ditolak mahkamah, kena bayar RM60K kepada balu Abam

Rayuan Ali Puteh ditolak mahkamah kena bayar RM60K kepada balu Abam

Rayuan Ali Puteh ditolak mahkamah, kena bayar RM60K kepada balu Abam. Sebut mengenai Ali Puteh pastinya orang ramai cukup tahu mengenai persengketaan beliau dengan balu Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali selain daripada menjadi pelawak.

Terbaharu, Mahkamah Tinggi pada hari ini menolak rayuan Ali Puteh serta tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap Siti Norhidayah.

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu oleh Mahkamah Sesyen pada 18 Februari lalu, kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Menerusi prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman mereka terhadap Norhidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman itu berkaitan temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.

Rayuan Ali Puteh ditolak mahkamah kena bayar RM60K kepada balu Abam

Selain itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen, Februari lalu selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.

Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh berkata, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan.

“Prosiding hari ini dilaksana secara tertutup menerusi aplikasi Zoom. Anak guam saya, Ali tidak ada bersama, tapi saya sudah maklumkan perkara ini.

“Setakat ini saya belum menerima apa-apa arahan daripada anak guam untuk buat rayuan. Pihak kita terima keputusan dibuat mahkamah hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Saya Bersumpah Dengan Nama Allah, Kalau Saya Bohong, Cabutlah Nyawa Saya" -  Ali Puteh

Difahamkan kontroversi bermula apabila Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga selain daripada menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim. Beliau juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

BACA:

Zuraida, SU Agong kena buang dari Parti Bangsa Malaysia

Sharnaaz mengamuk produksi paksa kerja sampai 20 jam

Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas, terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos

CATEGORIES