Rauf ingatkan Pas untuk perkukuh Muafakat Nasional

Rauf ingatkan Pas untuk perkukuh Muafakat Nasional

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjelaskan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas amat ditunggu-tunggu akar umbi di negeri itu.

Bagaimanapun jelasnya, sama ada Pas menerima tawaran itu atau sebaliknya terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan parti itu.

“Saya melihat penerimaan akar umbi bermula malam tadi hingga hari ini agak gembira setelah lama mereka menanti kenyataan memberikan harapan kepada semua penyokong dan pendokong supaya Muafakat Nasional (MN) dapat diterjemahkan dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Rauf ingatkan Pas untuk perkukuh Muafakat Nasional

Ab Rauf berkata beliau telah berhubung dengan pimpinan Pas Negeri Melaka berhubung keputusan MKT UMNO itu.

“Saya melihat apa yang telah dilontarkan keputusan MKT kepada Pas terserah kepada Pas untuk dapat melihat tawaran yang dibuat ini dapat memberikan kebaikan bersama.

“Maksudnya keputusan untuk memperkukuhkan MN ini mestilah memberi faedah kepada kedua-dua parti,” jelasnya ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya pada Jumaat.

Mengulas lanjut jelas Ab Rauf, beliau telah berhubung dengan pimpinan Pas Negeri Melaka berhubung keputusan MKT UMNO itu.

“Saya memang berhubung dengan semua pimpinan Pas terutama di Negeri Melaka, dan mereka mengalu-alukan keputusan ini dan menanti keputusan akan dibuat oleh pihak Pas Pusat pada Ahad ini,” jelasnya lagi.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini dilapor berkata, mesyuarat MKT UMNO telah memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka nanti.

BACA JUGA : Panas !!! Pemimpin Bersatu bengang Noh Omar pecat semua ahli Bersatu dari agensi kementeriannya
Terkini !!! Ini senarai agihan kerusi PH PRN Melaka

CATEGORIES