Rasmi Malaysia diiktiraf salah satu dari 13 negara sertai BRICS

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang secara rasmi ditambahkan ke dalam Brics

sebagai negara rakan kongsi, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang kepada satu perlima daripada perdagangan global.

Menurut kemas kini daripada @BricsInfo di X, blok tersebut secara rasmi menambah 13 negara baharu

ke dalam perikatan sebagai negara rakan kongsi, walaupun belum sebagai ahli penuh.

Selain Malaysia, 12 negara lain yang turut disertakan ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan, dan Vietnam.

Rasmi Malaysia diiktiraf salah satu dari 13 negara sertai BRICS

Untuk rekod, pada 28 Julai, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan bahawa Malaysia telah menyerahkan permohonan kepada Rusia untuk menyertai organisasi antara kerajaan Brics.

Rusia kini mempengerusikan blok berkenaan, yang turut dianggotai oleh Brazil, India, China, dan Afrika Selatan.

Pada 18 Jun, Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai Brics semasa perbincangan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Brics, yang pada asalnya dianggotai oleh Brazil, Rusia, India, dan China, telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai platform kerjasama bagi negara-negara ekonomi sedang membangun, dengan Afrika Selatan menyertai pada tahun 2010.

Blok ini sejak itu telah berkembang untuk merangkumi Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.

Brics mewakili kira-kira 40 peratus populasi global dan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) terkumpul sebanyak AS$26.6 trilion, atau 26.2 peratus daripada KDNK dunia, hampir menyamai kekuatan ekonomi Kumpulan Tujuh (G7). (AS$1 = RM4.34).

BACA: Terpaksa ulang-alik Sarawak Kelantan 2 minggu sekali, nasib Cikgu Din raih perhatian KPM