Rasa pelik, suami nekad tinggalkan isteri selepas beranak kembar buat kali ke 5

Oleh INFORAKYAT

Rasa pelik, suami nekad tinggalkan isteri selepas beranak kembar buat kali ke 5. Suami sanggup tinggal isteri selepas isterinya lahirkan kembar buat kali ke lima.

The Mirror UK melaporkan, kelahiran cahaya mata yang sepatutnya menjadi berita yang diraikan berakhir dengan air mata buat wanita ini apabila ditinggalkan suaminya,

Wanita itu sebelumnya melahirkan anak kembar iaitu kembar kelima mereka, namun anugerah itu dianggap sebagai tidak normal oleh suaminya hingga menyebabkan lelaki berkenaan bertindak meninggalkan isteri dan kesemua 10 orang anaknya.

Selepas diselidik, rupanya lelaki ini tidak tahan dengan kos hidup yang menggila sekarang dengan kehadiran anak kembarnya lagi.

Maka tidak hairanlah, si suami dikatakan tergamak meninggalkan keluarganya sendiri begitu sahaja tanpa menyediakan keperluan asas yang cukup seperti tempat tinggal yang lebih selesa.

Rasa pelik, suami nekad tinggalkan isteri selepas beranak kembar buat kali ke 5

“Semasa saya hamil, lelaki ini tergamak untuk mengatakan bahawa ini terlalu berat untuknya dan menyuruh saya untuk pulang rumah ibu bapa saya.

“Saya tidak pernah menyesal ketika melahirkan anak-anak saya. Saya tahu bahawa bapanya tidak sukakan mereka dan saya tidak boleh meninggalkan mereka di tempat bapanya,” kata wanita berkenaan ketika ditemu bual NTV Mwasuze Mutya.

Dia juga berikrar untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan dan membesarkan anak mereka dengan sebaiknya.

“Walaupun menghadapi rintangan, Saya tidak akan mengabaikan anak-anak saya. Saya tahu Tuhan akan sentiasa memberi pertolongan.

“Saya sudah berserah kepada Tuhan. Saya menanggung sengsara ini tetapi Tuhan lebih mengetahui,” katanya lagi.

Ibu malang ini juga memberitahu, anak-anaknya yang sudah dewasa sudah meninggalkan tempat kediaman mereka dan keberadaan mereka tidak dapat dikesan.

Situasi ini menjadi lebih getir apabila dia terpaksa untuk mencari rumah baharu kerana tuan rumahnya tidak mahu melihat mereka bersama barang-barangnya lagi. Hal ini disebabkan kegagalan Nalongo untuk membayar sewa rumah yang tertunggak sewaktu arahan perintah berkurung yang dilaksanakan di negaranya.

BACA:

Tajuddin mengamuk di parlimen, “mulut wanita DAP ni jahat!”

Kerajaan mungkin akan perkenal cuti haid kepada wanita di Malaysia

Dua anakanda YDP Agong terima ijazah serentak dari Universiti London