“Rasa nak koyak-koyak surat beranak anak, tak sangka suami tergamak namakan anak dengan nama bekas kekasih, sepanjang hayat nama tu akan ku sebut”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Saya dah berkahwin 6 tahun, kami kawen atas dasar suka sama suka sejak dibangku sekolah. Awal perkahwinan kami PJJ dari 2015-2018. Semuanya sangat indah.

2018 sehingga sekarang kami dah tinggal sebumbung. Alhamdulillah, anak pertama kami sekarang dah masuk 5 tahun, anak kedua 2 tahun.

Selepas tinggal bersama baru saya tahu suami saya pernah ada hubungan kekasih dengan seorang perempuan sebelum kami bernikah 2015.

“Rasa nak koyak-koyak surat beranak anak, tak sangka suami tergamak namakan anak dengan nama bekas kekasih, sepanjang hayat nama tu akan ku sebut”

Perempuan tersebut tinggal satu tempat dengan suami saya.

Jadi hampir setiap hari mereka berjumpa. Sehinggalah kami bernikah, mereka masih berhubungan sebab kami PJJ. Perempuan tu tahu suami saya sudah bernikah masa tu.

Sejak 2018 baru mereka slowkan hubungan mereka sebab kami dah tinggal sebumbung dan perempuan tersebut sudah ada bf dan akan berkahwin.

Tetapi saya perasan suami masih comment di fb mak dan adik beradik perempuan tersebut contohnye untuk wish happy birthday atau wish raya atau sekadar memuji muji mak perempuan tu seolah olah untuk mengambil hati.

Untuk pengetahuan, hubungan mereka sebelum suami berkahwin sebelum ni memang direstui keluarga dan ibu bapa perempuan tersebut.

Mereka betul betul berkenan dengan suami. Sampai macam tu sekali rapat hubungan mereka min. Sekarang suami dan perempuan tu sudah tidak friend di fb tapi masih menyimpan no hp masing masing sebab kadang kadang whatspp story perempuan tu akan naik di whatspp suami saya.

Suami pula sehingga kini masih wish dan comment memuji muji mak atau ayah perempuan tersebut. Saya baru tahu semua ni lepas kelahiran anak ke2 dan apa yang paling buat saya sakit min, nama anak kami suami letak nama perempuan tu bukan nama biasa min.

Anak kami sepasang lelaki dan perempuan. Suami nak letak nama anak hujung dia sama. iini nama contoh saya bagi. Danish dan Danisha. Nama perempuan tu bukan nama biasa min kalau nak kata kebetulan.

Ini memang betul betul dia letak sebab nama perempuan tu lain sikit. So anak anak kami yang perempuan hujung dia Danisha memang nama perempuann tu hujung dia daynisha. Anak kami yang lelaki hujung dia nama Danish.

Saya sedih kemurungan min saya betul betul rasa suami suka nama tu atau ikhlas dengan nama tu rupa rupanya nya nama tu nama gf dia min. Allahu. Saya sedih sangat min.

Kadang kadang saya nampak dia conment di fb adik perempuan tu, ‘kirim salam pada mama, cakap dekat mama get well soon’. Saya bace hancur hati saya min. mama? panggil mak perempuan tu mama? kalau dulu dulu takpela min, ni sampai sekarang min.

Saya tau perempuan tu yang mana. Dan sudah berkahwin. Saya kadang selalu terjumpa perempuan tu sebab kawasan kami ni bukan bandar besar. Rupa rupanya seblum ini, suami selalu makan di kedai mama perempuan tu. Dari situ mereka jatuh cinta. Suami bekerja ada pangkat sikit, mak dan ayah perempuan tu sangat sangat berkenan dengan dia.

Sehinggalah kami dah menikah, mereka masih berjumpa. Masih bermsej masih call. Hancur hati saya min. Saya dah tawar hati makin hari dengan suami. Tapi suami tak tau akan hal ni. Saya tak tau nk cakap macam mana. Memangg confirm akan gaduh dan suami akan sambil lewa menafikan hal ni.

Saya tertekan. Saya marah marah dia. Saya dah kurang rasa hormat pada dia sebab dia masih ingat perempuan tu. Paling teruk saya kene hadap nama anak saya ni. Sepanjang hayat saya akan sebut nama perempuan tu. Saya perlu buat apa min. Saya rasa nak koyak surat beranak anak anak saya.

Sekarang saya agak dia ada hubungan dengan perempuan lain. Sebab dia selalu outstation. Biasanya dia akan ada gambar untuk setiap job dia. Ni dah sejak setahun ni takde gambar apa apa. Alasan dia PKP. Tapi takkan gambar sendiri dengan kawan kawan dia takde ambik.

Naluri saya kuat min tapi saya belum kuat nak bukak hp atau tengok whatspp dia. Saya tau kalau dia ade hubungan, dia akan menafikan dan membuatkan semua kesalahan dekat saya sebab saya kenal suami saya.

Bantu saya min. Saya perlu buat apa. Allahuakbar sakit dada. Tambahan, bila saya cek. Rupanya suami sangat aktif komen dan like fb dan ig perempuan tu sejak 2014.

Suami suka bergurau bila ada gambar perempuan tu. Kalau ada family mereka post gambar ramai ramai, suami akan like setiap gambar yang ada perempuan tu min. Setiap gambar. Satu satu dia akan like. Walaupun nampak sikit. Kadang kadang dia bg emoticon love di gambar tersebut. Dan rajin sangat komen dia fb family perempuan tu.

Tetapi post saya pasal anak anak, post saya yang saya tag dia jalan jalan, jarang sekali dia like mahupun komen. Kadang kadang dia perasan tapi tak respond apa apa. Mula mula saya fikir, suami bukan yang aktif di fb. Lama lama bila dah tinggal sebumbung baru tau min, suami memang akan bukak fb selalu.

Dia sekarang tengah suka tengok tiktok semua perempuan gelek gelek. Dan kebanyakkannya perempuan tu memang taste dia min. Muka bulat berisi putih putih. Badan berisi chubby2 tu memang taste dia min.

Saya pernah terperasan dia masih simpan gambar perempuan tu di dalam memory card hp dia. Kadang kadang dia masih belek gambar tu.

Untuk pengetahuan, gaji saya lagi tinggi dari gaji suami. Tapi saya tak kesah untuk berkongsi tanggungan. Perempuan tu kerja di warung kedai makan biasa. Suami kereta biasa, saya sebelum kawen dah beli vios. Sekarang rumah dan loan tanah pakai nama saya. Saya tak kesah saya fikir tu aset saya.

Kadang kadang saya terfikir kenapa suami tak putuskan je hubungan dengan saya sebelum berkahwin dan berkahwen je dengan perempuan tu. Kenapa teruskan juga dengan saya. Adakah kerana pekerjaan saya yang elok, dan dia boleh menumpang senang?

Saya bukan merendah kan perempuan tu. Tapi saya terfikir sendiri. Kenapa masih terima saya walaupun dari dulu sampai sekarang dia masih tak boleh move on dengan perempuan tu. Masih cintakan perempuan tu.

Reaksi Warganet

Si Kopok –
Kesian sis, saya paham perasan perasaan sis yang sakit hati setiap kali nama anak disebut. Tapi kasihanlah anak, itu bukan salah mereka.

Sis boleh tukar nama anak sebelum dia berumur 12 tahun kalau saya tak silap. Banyakkan berdoa, hati kita, hati suami kita bahkan hati semua orang adalah milik Allah swt. Kita minta lah dr Allah untuk pulangkan kembali hati suami pada kita.

Sakit hati tu ye .. itu memang pasti. Tapi itulah kehidupan. Kehidupan kita didunia ni adalah untuk diuji , segala ujian dan dugaan akan Allah beri tanda kasih nya Allah pada kita. Supaya kita selalu kembali pada NYA , memohon dan meminta..

” Hasbunallah Wanikmal Wakil”. Cukupla Allah mnjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik baik pelindung.. in sha Allah..

Salwani Suhaida –
Kalau saya… saya biarkan suami bayar semua keperluan rumah. Duit saya saya simpan untuk kegunaan dimasa hadapan.

Dia nk main gile dengan pempuan lain, biarkan. Rawat hati sis. Besok2 bila dah serabut dengan masalah duit, pandailah dia pulang kepangkal jalan.

Sabar itu indah, teruskan bersabar. Mengadu pada Allah. Minta Allah bagi kesabaran yang tinggi pada sis. Saya pernah laluinya. Percayalah, kifarah Allah itu benar… wallahualam..

Sunita Jamaluddin –
Baca pun dah menyirap drah. Buat apa suami begitu, buat bagi sakit hati dan membuat puan makin parah jiwa dan raga.

Puan berkerja, ada harta, ada segalanya. Apa nak tunggu jantan gatal begitu. Kalau saya berada dekat tempat puan, dah lama saya ucapkan selamat tinggal.

Memang dia tak ikhlas dengan puan. Dia kawin dengan puan semata mata sebab puan ada kerjaya, ada harta. Sebab tu dia teruskan dengan perkahwinan itu. Sdgkan cinta dan hati dia milik pompuan kedai makantu..

Please fikirlah habis habis. Berbaloi ke nak hidup dengan jantan gini puluhan tahun lagi.
Nama anak buat surat angkat sumpah, tukarje nama anak anak. Kalau saya pun takkan izinkan nama pompuantu jadi bayangan ngeri dalam hidup saya.

Bertindaklah sebagai wanita yang matang, puan juga berhak untuk bahagia, tapi bukan dengan jantan yang seperti itu..

Hazlina –
Kalau diorang tu pernah ada hubungan.. hubungan yang baik, mak bapak dah berkenan kenape dia kahwin dengan awk? Gigih pulak nk stalk smua tiktok la fb la smpai dia komen like semua bnda.

Bab nama anak, boleh tukar. Pergi JPN berurusan sana.

Bab syak wasangka awak tu selagi takde bukti jangan banyak pikir nanti awak tambah tertekan.

Bab duit, salah awak sebab awak yang ajar dari awal. Awk kata dia berpangkat. So sepatutnye dia mampu sara family tanpa bantuan awak. Kalau nak cakap awk ikhlas dan tak kisah tolong jangan mention. Sebab nnti awk yang rugi pahala.

Alia Zakari –
Ala sis bukan susah sis. Pasal nama ja so bawak surat surat beranak pi (JPN) tukar balik nama anak tu.

Tak payahlah nak menghadap seumur hidup nama tu. Tak payah bawak laki sis. Pergi la sorang2 boleh. Cakap ja nak tukar nama boleh ja. Ha bayarla rm5 ringgit sorang anak, dua anak rm10 ringgit.. Takkan Takdak duit.

Kalau dia Tak bagi, bagi ja surat surat beranak tu ke dia. Sis pi buat surat beranak baru. Nama dia carian dekat JPN jugak.. RM10 jugak dua keping surat beranak.

Lepas dapat copy surat beranak baru, buat pemohonan nak tukar nama.. Ha surat beranak dekat dia tu walau dia pegang sebenarnya dah Tak boleh pakai dah. Huhu

BACA: Pasangan suami isteri terkejut objek pelik berambut panjang atas siling, rupanya kepala anak sendiri!