RapidKL sedia slip lambat masuk kerja kerana masalah train, netizen sindir lepas ini ada yang jual ‘train delay slip’

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi rakyat Malaysia yang menggunakan tren berhak meminta surat atau slip kelewatan jika berlaku sebarang masalah.

Slip tersebut boleh digunakan jika anda mengalami kelewatan yang disebabkan oleh

masalah dengan pengangkutan awam, sehingga menyebabkan anda terlewat ke tempat kerja.

Pengetahuan ini didedahkan oleh seorang pengguna di aplikasi X yang menarik perhatian ramai yang ingin tahu lebih lanjut.

Menerusi X, @_aidaans berkongsi gambar slip yang diterimanya daripada RapidKL selepas tren yang dinaikinya mengalami kelewatan.

RapidKL sedia slip lambat masuk kerja kerana masalah train, netizen sindir lepas ini ada yang jual 'train delay slip'

“Hari ini saya baru tahu bahawa RapidKL mengeluarkan sijil kelewatan tren atas permintaan penumpang. Ini slip saya, diperoleh kerana gangguan pagi ini.

Jadi, anda boleh meminta ‘late slips’ ini daripada pihak RapidKL jika mengalami gangguan seperti kelewatan akibat masalah teknikal pada MRT atau LRT.

Slip tersebut disediakan jika kelewatan melebihi 15 minit dan ia boleh digunakan untuk empat laluan utama, iaitu LRT Ampang/Sri Petaling, LRT Kelana Jaya, KL Monorail, dan MRT Sungai Buloh-Kajang.

BACa: Lee Zii Jia peluk wartawan sukan Bangmed dah macam adik beradik buat netizen menitiskan air mata