Rantai macam dekat kedai dua ringgit je tapi laku keras siap jual dengan harga RM1181, rupanya ini punca boleh sold out!
RANTAI loket yang dipakai anggota kumpulan BTS iaitu Kim Tae Hyung atau V menjadi buruan peminat sehingga habis terjual hanya dalam tempoh 10 minit.
Allkpop melaporkan pereka fesyen Harris Reed membuat beberapa hantaran di Instagram
berkongsi foto penyanyi itu berkunjung ke butiknya selepas mengetahui V memakai loket yang dijualnya.
Susulan itu, peminat mula menyerbu laman web butik berkenaan untuk membeli loket hijau yang diberi nama In Good Hands itu.
Perkongsian Harris di Instagram miliknya.
“Gila! Habis dijual kurang daripada 10 minit dan hanya beberapa warna lain yang tinggal,” tulis Harris di Instagram.
Menyedari loket berkenaan menjadi kegilaan, Harris berkata, dia menambah stok dan ia sekali lagi licin dibeli peminat dari seluruh dunia.
Perkara itu membuatkan Harris menyedari pengaruh besar bintang kpop terkenal dunia itu.
Dua minggu lalu, V dilihat memakai loket berkenaan ketika berada di lapangan terbang untuk ke Madrid, Sepanyol.
Loket kerjasama Harris Reed x Missoma itu dijual pada harga AS$256 (RM1,181).
Ini bukan kali pertama, BTS ‘membantu’ jenama kurang menjadi terkenal apabila V pernah memakai topi jenama Ruslan Baginskyi ketika melancarkan lagu hit mereka, Butter.
Peminat yang menggemari topi berkenaan mula membeli topi sama yang dijual pada harga AS$340 atau RM1,500 dan ia habis terjual dalam tempoh sehari.
BACA: