Rancangan gila anak nak tamatkan hayat ibu sendiri, 19 tahun diyakinkan lumpuh padahal sihat .Gypsy Rose Blanchard mungkin terlihat seperti seorang anak bertuah walaupun diuji dengan pelbagai masalah kesihatan.
Puluhan tahun membesar di atas kerusi roda kerana tidak mampu berjalan, ibunya, Dee Dee Blanchard memberikan sepenuh perhatian.
Ibu yakinkan anak banyak isu kesihatan sejak bayi, rupanya…
Pada 1991, Gypsy Rose lahir sebagai seorang bayi perempuan yang sihat dan sempurna. Namun di usia 3 bulan, ibunya berkata Gypsy menghidap Sleep Apnea iaitu keadaan di mana nafas akan tiba-tiba berhenti sewaktu tidur.
Turut mempunyai Leukimia, masalah lemah otot, semput, kerap sawan, gangguan mata dan telinga, Gypsy dikatakan lumpuh sejak umur 5 tahun. Selain harapkan nafkah bekas suami, 2 beranak ini terima banyak derma kebajikan daripada NGO tertentu setiap tahun.
Dee Dee besarkan anak sendirian selepas berpisah dengan suami
Setelah sedar dipergunakan ibu, Gypsy cuba lari rumah
Namun semakin menginjak dewasa, Gypsy Rose secara perlahan sedar sebenarnya dia sihat-sihat saja.
Bayangkan puluhan tahun diyakinkan lumpuh dan diberi makan menggunakan saluran tiub, rupanya itu hanyalah ‘wayang’ si ibu untuk meraih perhatian.
“Pada 2010, ibunya terlepas cakap dengan semua orang umur Gypsy baru 14 tahun. Padahal Gypsy dah 19 tahun. Dari situ Gypsy mula sedar ada benda tak kena. Gypsy diam-diam buat akaun FB & berkenalan dengan seorang lelaki tua. Mereka akhirnya bercinta & Gypsy lari rumah pada 2011 tapi dijumpai semula. Dee Dee ugut mahu ketuk tangan Gypsy dengan tukul jika cuba lari lagi.
Telefon & komputer Gypsy dirosakkan, dia dirantai di katil & terus dikunci dalam bilik”
Gypsy Rose berharap pada kerusi roda sejak kecil
Untuk mengekalkan rupa tidak bermaya, berikut adalah hal yang dibuat Dee Dee terhadap anak kandungnya :
Gigi Gypsy dicabut semua secara paksa. Ada juga yang reput kerana pengambilan pelbagai ubat sejak kecil.
Gypsy jalani banyak operation & diberi makan ubat padahal dirinya sihat 100%.
Kelenjar air liur Gypsy dibuang. Doktor setuju teruskan prosedur sebab ibunya kata air liur Gypsy selalu meleleh (mudah masukkan tiub untuk beri makan).
Kepala Gypsy sentiasa dibotakkan, namun dahulu tak syak apa-apa sebab ibu kata rambut Gypsy selalu gugur akibat hidap Leukimia.
Ibu berkali hantar masuk pusat rawatan ketika kecil
Ditangkap pada 2015, Gypsy dikenakan hukuman penjara 10 tahun
Jiwa remaja yang bergelodak mahukan kebebasan akhirnya membuatkan Gypsy nekad. Pada 2014, dia kebetulan bercinta lagi dengan seorang budak muda. Saat itulah mereka rancang untuk membuat Dee Dee ‘lenyap’ selamanya dari dunia ini. Selepas selesai, kedua-dua sempat berhubungan badan sebelum mencuri 4,000 USD (RM17,500) duit milik mendiang.
“Dari kecil, saya dibesarkan oleh ibu yang suka memanipulasi. Ibu ajar cara tipu, saya taknak, saya mahu jadi orang baik. Saya tak bencikan dia, saya cuma nak bebas dari dia”
BACA:
Azwan Ali bagi nasihat padu kepada Mas Idayu selepas malukan peserta live di TV